LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, April 4, 2010

Nasi Ayam penyet

Salam hujung minggu buat semua kawan-kawan yang sudi singgah di blog cikmanggis pada petang ini.Pertamanya nak ucapkan terima kasih pada MADIHA kerana resepi ayam penyet ni. Alhamdulillah anak anak suka dan suami pun memuji ke enakan nasi ayam penyet yang cm masak malam tadi.Cm ambil resepi dari blog MADIHA. Malam tadi agak kelam kabut sikit sebab memasak agak lewat kerana kepenatan seharian meronda-ronda di Ikea bersama anak-anak jadi tak sempat nak ambil gambar yang lain lainnya kecuali sepinggan nasi ini.Sambalnya memang sedap.Rasanya agak unik lain dari yang lain.Mari kita lihat bagaimana untuk memasaknya:)

Ayam goreng penyet
 
1 ekor ayam – potong 8 bahagian ,rebus selama 10 ~ 15 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup & nasi) *
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak *
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak *
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak *
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam *
1 sudu besar Serbuk Kunyit *
½ sudu besar Serbuk Lada Putih *
3 ulas Bawang putih *
1cm Halia *
Sedikit Air *
1 sudu kecil Garam
2 keping tauhu
1 keping tempe (cm guna yang dalam plastik)
Minyak masak untuk menggoreng.
Tepung beras
  • Masukkan kesemua bahan bertanda * dalam pengisar, kisar hingga halus.. campurkan dengan sedikit air & barulah perapkan ayam, tempe & tauhu
  • Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.(cm perap 1 jam je)
  • Simpan rempah kisar yang berlebihan untuk dibuat kremes atau serdak nanti.
  • Setelah perap semalaman-taburkan sedikit tepung beras (Cm perap selama 1 jam je)
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat & tos. Goreng pula tempe & tauhu dan lakukan proses yg sama seperti menggoreng ayam tadi.
  • penyetkan ayam dengan mengetuk dgn tepi pisau pemotong hingga leper baru dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.hidangkan.
Nasi ayam

4 cawan beras
6 cawan air rebusan ayam (bergantung jenis beras)
daun pandan garam
; 1 ketul kiub ayam maggie
bwg putih*
bwg merah*
halia*
2 -3 sudu besar planta cengkih bunga lawang kayu manis
Cara-caranya:
  • Bahan2 bertanda * dikisar halus. Guna anggaran 3 sudu besar sahaja.
  • Basuh beras dan tos sebentar.
  • Panaskan sikit planta dalam kuali dan tumis rempah tumis 3 sekawan & bahan2 blend tadi. Bila harum baunya masukkan beras dan kacau hingga rata.Kecilkan api dan tumis beras lebih kurang 5minit sambil dikacau-kacau agar ianya tidak hangus. Kemudian pindahkan beras kedalam rice cooker.
  • Tuangkan 6 cawan air rebusan ayam kedalam rice cooker.Masak hingga nasi masak.
Sup kosong Guna air rebusan tadi Sedikit serbuk rempah sup anggaran ½ sudu besar Bawang putih ~ketuk Halia ~ diketuk bunga lawang cengkih kulit kayu manis garam & aji daun sup & daun bawang utk hiasan Cara
  • Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup. & Masak hingga mendidih.
  • Dalam kuali panaskan sikit minyak & tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah garam dan masukkan 1 ketul kiub ayam
  • Masa menghidang.. hias dengan hirisan daun bawang & daun sup.
Sambal

* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (cm guna 4 biji)
* 10 biji Cili padi (cm guna 5 biji)
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
*5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis
* 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  • Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  • Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga halus.(sepatutnya separa halus)
  • Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  • Masukkan gula merah dan gaul rata.
  • Rasakan sambal , tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa. Sambal boleh disediakan sehari sebelum . Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Serbuk kremes

1 1/4 cwn air stok ayam
1/2 cwn air
1 biji telur dipukul
60 gm tepung beras
garam secukupnya
sedikit rempah kisar lebihan untuk perap ayam tadi

Gaul semua bahan-bahan diatas. Ambil sesudu, tuang ke dalam minyak panas dan goreng garing. Ulangi sehingga habis......serdak ini juga menjadi tambahan semasa menghidang Nasi Ayam Penyet

9 comments:

  1. After seeing u r plate iam feeling very hungry.. it is very mouthwater dish..
    http://rumanarawat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam makcik.. Belum pernah saya makan percik goreng, terima kasih untuk resipinya, Nampak enak sekali!

    ReplyDelete
  3. Dah lama nak mencuba tapi belum berkesempatan. Saya copy n paste ya, minta halal pada CM.

    ReplyDelete
  4. masuk listlah bila free2 boleh try..

    ReplyDelete
  5. hi tummy..masih bercuti?jalan jalan cari makan ya..nanti boleh masak nasi ayam penyet ya

    ReplyDelete
  6. salam datin..jika datin buat memang menjadi punya..pakar nasi ayam hehe

    ReplyDelete
  7. Book marked this recipe, this is a kind of ayam goreng that i like.

    ReplyDelete