LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, April 1, 2010

Nasi minyak,Ayam masak merah &Acar rampai

Salam dan selamat tengahari.Hari ni pukul 12 tepat cm dah siap masak for lunch...hanya ambil masa 1 jam untuk memasak nasi minyak,ayam masak merah dan acar rampai.sebenarnya bahan-bahan telah disiapkan malam tadi lagi.Cuma tinggal nak masak saja.lagi pun cm masak dalam kuantiti yang sedikit.Untuk 2 orang dewasa dan 1 kanak kanak:) tapi entah kenapa kanak kanak pula tak mau makan nasi,dia cakap nak makan cocoa crunch dengan susu for lunch.hmm suka hati lah boy tapi yang pastinya bila petang nanti mesti kelaparan:) Pagi tadi suami cm dah beritahu yang dia balik awal untuk lunch.dari Parlimen terus kerumah untuk tukar baju batik..hari ni hari khamis kena pakai batik jadi jam 12.30 tengahari lunch telah siap...jom lihat apa yg terjadi pada nasi minyak,acar dan ayam masak merah :) licin..tanda puas hati..alhamdulillah hehe kenapa ambil kaki ayam..favorite cm tu:) Bahan-bahan untuk nasi minyak:) 2 cawan beras basmathi 3 ulas bawang merah-tumbuk kasar 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar 1 inci halia-tumbuk kasar 1 helai daun pandan 1/3 cawan susu cair 2 1/2 cawan air garam secukup rasa sedikit minyak untuk menumis sedikit pewarna kuning(optional) sedikit kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sedikit biji gajus dan kismis sedikit butter(optional) Cara-caranya:)
  • Panaskan minyak dan sedikit butter.Tumis bunga lawang,buah pelaga dan kayu manis kemudian baru masukkan bawang putih,bawang merah dan halia.
  • Masukkan beras basmathi..jangan lupa cuci beras dahulu dan toskan airnya.Kacau hingga bahan bahan tumis tadi mesra dengan beras.
  • Curahkan air dan susu cair.Masukkan sedikit garam dan daun pandan.Masak hingga nasi masak.
  • Bila nasi sudah masak letakkan sedikit pewarna kuning pada hujung sudip dan kacau nasi perlahan-lahan.
  • Hiaskan dengan gajus dan kismis goreng.Siap untuk dihidangkan:)
Semalam semasa singgah ke rumah Tummy,tertarik dengan acar yang dia masak..hmmm teringin betul jadi hari ni tertunailah hasrat dihati.cm masak menggunakan resepi bonda cm.Mari kita lihat bahan-bahannya:) 1/2 biji timun-buang biji dan potong kecil memanjang 6 batang kacang panjang-potong lebih kurang 1-2 inci 1 biji carrot-potong kecil memanjang 10 ulas bawang putih-biarkan bulat bulat 6 ulas bawang merah-biarkan bulat bulat(cm tak bubuh sebab bawang merah habis:) sedikit bijan goreng tanpa minyak 2 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah 3 biji cli kering sedikit halia sedikit kunyit hidup(kita guna kunyit serbuk) gula melaka sedikit cuka gula pasir garam Cara-caranya:
  • Rendam sayur-sayuran tadi dengan air kapur selama 20 minit agar ianya crunchy bila masak nanti
  • Kisar 2 ulas bawang putih,6 ulas bawang merah,cili kering dan halia sampai halus.
  • Panaskan sedikit minyak tumis bahan-bahan kisar sampai wangi
  • masukkan sedikit cuka,garam ,gula dan gula merah secukup rasa.
  • Masukkan 10 biji bawang putih dan 6 biji bawang merah.gaulkan rata.
  • Kemudian masukkan sayur-sayuran tadi.
  • Masak hingga sayur-sayuran tadi layu.
  • Hidang dan taburkan sedikit bijan .
Untuk resepi ayam masak merah sila klik DISINI

14 comments:

  1. sedapnye cm...terasa lapo lak tgh petang2 ni

    ReplyDelete
  2. Salam makcik.. ayam masak merah merupakan kegemaran saya juga! Saya akan cuba resipi makcik minggu depan! :)

    ReplyDelete
  3. E-na baru je mkn nasi minyak 3 ari lepas..tapi nak rasa juga yg kt umah CM ni!

    ReplyDelete
  4. salam CM..fooyoo..nasi minyak tu..sedapnye..bila nak pi pekena nasi kat restoren saba..hehe klu pg ajak kite eh...

    ReplyDelete
  5. salam cm..kalau singgah rumah cm mesti terliur kak yam..hehehe..nasi minyak..hai kegemaran orang kanan kak yam..

    ReplyDelete
  6. Kalau CM masak buat air liur saya meleleh.Lain kali masak dalam quantity yang banyak boleh join sekali ,muka tak malu he3....

    ReplyDelete
  7. salam cikmanggis,
    wah, makan nasi minyak kak? special..saya berkenan ngan acar yg salut bijan2 tu.

    ReplyDelete
  8. salam el..dah sihat?jaga diri ya:)

    ReplyDelete
  9. hi 3 hungry tummies..selamat mencuba ya,ini resepi ayam masak merah yang paling simple

    ReplyDelete
  10. salam ena-zarina..apa khabar?nanti lain kali cm jemput ena ya

    ReplyDelete
  11. datin..onthe way ke Teluk Intan ke?blom lagi ..badan tengah tembam ni tak berani,tunggu kurus baru pi

    ReplyDelete
  12. kak yam,apa khabar?oh en.mat suka ke?sekali sekala ok,jika kerap makan nasi seperti ni tak sihat .

    ReplyDelete
  13. apa khabar Tun?hehe boleh..boleh

    ReplyDelete
  14. indahouse..acar rampai tu resepi ibu cm..selalu buat jika ada kenduri,sedap

    ReplyDelete