LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, February 19, 2010

Bubur keladi

Salam bahagia dan salam ceria:) dah tua tua ni kena lagi ceria ya...kena sihat selalu..kesihatan amat penting.Petang tadi sempat berjogging keliling perumahan ni..hmmm sebenarnya bukan jogging..jalan jalan dengan laju je...mana larat nak jogging seperti orang muda,nanti sakit lutut la..sakit tumit la..sakit tu ..sakit ni:)p Dalam pada jogging tu,minum petang tetap tak lupa tapi "kene kasi adjust" lah bahan-bahan dalam masakan tu ya...gantikan santan dengan susu atau jika guna santan ..cairkan sikit.Bak kata seorang teman baik cm "pandai pandai lah jika nak hidup sihat"Tadi cm masak bubur keladi..keladi atau ada orang panggil taro tu menjadi kegemaran seisi keluarga.Keladi boleh masak sebagai nasi keladi,talam keladi,bubur keladi dan macam -macam lagi.Jom kita lihat apa bahan-bahan untuk bubur keladi ni:) Bahan-bahannya:) 1 ketul keladi yang sederhana besarnya-potong kiub kecil kecil sagu mata ikan(cm tak bubuh..terlupa:( Gula melaka secukup rasa(cm bubuh 2 ketul kecik atau 2 kerek kecik je) 1 tin susu cair 1 1/2 tin susu air 2 tbsp tepung jagung sedikit garam 2 helai daun pandan 100 gm cha cha kering(yang warna warni tu..orang panggil apa ya?cm panggil dried cha cha) Cara-caranya: Masakkan cha cha dan keladi dengan 1 1/2 tin susu air hingga empuk.kemudian masukkan semua bahan bahan selebihnya kecuali tepung jagung..Kacau perlahan-lahan agar kuah tidak berketul-ketul. Last sekali bancuhkan tepung jagung dgn sedikit air dan curahkan kedalam bubur keladi. Biarkan mendidih sekejap ,bolehlah dihidangkan..yummy!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment