LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, August 29, 2009

Tazkirah Ramadhan

Salam buat teman-teman yang disayangi.Hari ini masuk 8 hari kita berpuasa.Terasa masa berlalu sangat pantas.......Alhamdulillah, subuh tadi suami cm pergi salat dan dengar tazkirah Ramadhan oleh ustaz jemputan. Oleh kerana cikmanggis tidak mengkut suami ke surau jadi suami cm panjangkan apa yang di dengar di surau pada isterinya ini :) ..cikmanggis mendengar dengan penuh minat ...dan ingin kongsi bersama-sama kawan-kawan yang di kasihi....Sungguh menarik huraian sedikit rahsia setiap huruf Ra, Mim, Dhad, Alif wa Nun seperti dipetik dari Kitab Durrun Nasihin : Ra itu berarti rahmat dari Allah, hanya khusus dibulan ramadhan buat hambaNya. Siapa dapat rahmat ertinya dapat petunjuk, bantuan dan taqwa. Sebab itu tiba-tiba surau/masjid hampir penuh melimpah. Bulan lain agak kosong ! Ahli kubur pun gembira datang ramadhan. siksa dihentikan. kita pun rajin berdoa untuk para arwah ibu bapa dan alim ulama. Mim berarti maghfirah- keampunan Tuhan yang luar biasa. Di Malaysia kita terbalik. Peminum arak dapat publisiiti bila nak kena sebat. Minta ampun banyak-banyak. Hukum dah lama ada, nak lawan apa. Patut tangkap lebih banyak lagi jadi pengajaran. Pokoknya tiada taqwa, tiada amalan fardhu dan tiada keinsafan waktu bulan bebas ! Dhad berarti....disini tak berapa jelas dengan penerangan suami cm ...hmm. Dia sebut ramai cair bila dengar lagu raya....balik kampung arwah surdiman dan dendang perantau..tapi tapi cair hati bila dengar laungan ayat-ayat Quran dibulan ramadhan. tak baca dan tak faham makna. Pahala dibalas 70 kali bulan ini ! Alif bermakna alifuLlah. Kelembutan kasih sayang Allah pada hambaNya yang sentiasa beramal, berjihad dan susahpayah dalam beribadah. Dia baca ayat: Man jahada fina layanahdinayahum subulana...siapa berjihad kerana jalanKu, akan diberi petunjuk. Akhir sekali Nun itu berarti Intaqu minan-nar- pelepasan dari api neraka. Siapa puasa dengan ikhlas akan Allah beri syurga ! Siapa diberi jaminan Allah, tentu rasa aman dan selamat. Polis takkan saman jika kita ada jaminan big boss atau kad kuning diraja ! Mari lah kita renungkan bersama! mudah2an mendapat manfaat dari tazkirah Ramadhan ni.Selamat berpuasa!

7 comments:

  1. salam kak sihat ke?tq sharing the info

    ReplyDelete
  2. Salam cikmanggis...
    Alhamdulillah slot tazkirah yang begitu bermanafaat... thx

    ReplyDelete
  3. hi , your site is good, can we exchange link?
    here is my link
    http://khmerlovenews.blogspot.com

    I hope you can

    Best regards,
    phalla

    ReplyDelete
  4. chik mi...sekadar ingin berkongsi...

    ReplyDelete
  5. fzi...seronok jika dapat berkongsi ilmu walau pun sedikit

    ReplyDelete