LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, September 1, 2009

Kosui Pandan Lapis

Bahan-bahanya:) Lapis gula merah: 1 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung ubi 1 sudu makan tepung pulut 1 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 3 cawan air 2 sudu teh air kapur makan Cara-caranya: Blend semua bahan-bahan di atas dan tapis. Bahan-bahan lapis pandan: 7 helai daun pandan 150 ml air 3/4 cawan gula pasir 400 mi air pewarna hijau 150 gm tepung beras 70 gm tepung ubi 1 tsp air kapur Cara-caranya:
  1. Kisar daun pandan dgn 150 ml air dan tapiskan.
  2. Campurkan bahan bahan diatas dan air pandan serta 400 ml air dan blend rata
  3. Tapiskan
Cara-caranya:)
  • Alaskan loyang dengan plastik agar senang untuk memotong kuihnya nanti dan tidak melekat pada loyang
  • cm guna loyang bulat berukuran 11 inci seperti Rinn chan.
  • Sukat 1 1/2 cawan adunan gula merah dan kukus selama 10 minit dan sukat adunan pandan dalam sukatan yang sama 1 1/2 cawan dan lapiskan atas adunan gula merah tadi.kukus lagi hingga masak
  • Lakukan proses yang sama hingga adunan habis dikukus .
  • Tunggu kuih betul-betul sejuk baru di potong.
  • Gaulkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam
  • Kukus kelapa parut sekejap sebelum digaul dengan kuih agar kelapa tidak cepat basi/masam.
  • Selamat mencuba dan terima kasih banyak-banyak pada RINN keran resepi yang menarik ni:)

16 comments:

  1. cantiknya kuih memanggil manggil utk jemput makan je ya.

    ReplyDelete
  2. kakda..cubalah,resepi rinnchan ni mmg senang dan insyallah menjadi jika ikut betul-betul

    ReplyDelete
  3. haahla cikmanggis..cantik menawan kuih kasoi CM nih! ni mesti masuk waiting list bulan pose ni ek!cedaaapnye..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum cikmanggis..
    rindu nyer kat dia.. min x bekesempatan nak online la CM.. lepas maghrib, dah terawih, lepas terawih, rehat kejap tadarus la pulak, mintak2 lah habis 30 juzu in time..nanti min nak belajar masak ngan CM..panjang umur jumpa lagi yer CM..
    kirim salam pada ahli keluarga CM, selamat berpuasa, selamat menyambut hari raya..
    Dtg umah min CM.. bukan jauh pun..

    ReplyDelete
  5. rajinnye cikmggis ni
    sedap kan kosui ni
    kalo ada kelapa parut tu byk2 lg sedap
    hehehehehe

    ReplyDelete
  6. Salam cikmanggis...
    Rajin cikmanggis buat kosui yang lapis-lapis ni...kita memang terliur nak buat tapi.. bese lah... maleh nak menunggu...satu..satu...masak.... hehe

    ReplyDelete
  7. Comel kueh kasui lapis ni. First time tengok. Mesti sedap. Buleh suruh wife buat.

    ReplyDelete
  8. terliur tengok..cantik plak tuh

    ReplyDelete
  9. bestnya nampak kuih ni. dapat seketul pun jadilah. kesian kita.

    ReplyDelete
  10. inahar..cubala memang berbaloi...ada lebih boleh simoan peti sejuk..masih lembut

    ReplyDelete
  11. mamamin....mmg bulan posa ni rasa tak cukup masa..insyallah ada rezeki dapat jumpa min.

    ReplyDelete
  12. el..mmg bubuh kelapa banyak-banyak sedap tp sebab nak posing kelapa sikit takut lapisnya tak nampak:)

    ReplyDelete
  13. fzi...hehe mmg lambat nak buat lapis lapis ni

    ReplyDelete
  14. Lee..mmg sedap kosui ni tp buat tu kena sabar ..melapi tu makan masa sikit

    ReplyDelete
  15. Gerau..rasanya kat La Cucu ada sebijik cam ni:)

    ReplyDelete