Tadi kawan baik cikmanggis datang ke rumah, ajar buat pau nyonya,bestnya .......inti lain dari yang lain.Kawan cikmanggis ni seorang muslimah berbangsa cina.Sangat pandai memasak.Banyak resepi yang cikmanggis dapat darinya.Resepi yang cikmanggis letak dalam n3 kali ni tidak mempunyai sukatan yang tepat sebab puan CT (nama kawan cikmanggis ni) cakap resepi keluarganya ni main agak-agak je.Lain kali bila cikmanggis buat sendiri nanti akan kita sukat bahan-bahannya dengan tepat.
Bahan-bahan untuk kulit pau :)
1 kotak tepung pau(1 kg)
1 paket yis segera (11 gm)
1 1/2 tbsp shortening
1 1/2 tbsp gula Air secukupnya.
Cara-caranya:
Bancuh gula dan yis dengan sedikit air suam.
Masukkan kedalam tepung pau dan kacau rata.
Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati tapi jangan terlalu lembut
.Agak-agak dapat diuli je(resepi orang dulu-dulu ni main anggar je)
Bila dah sebati diamkan sebentar sehingga adunan naik...tapi jangan sampai 2 kali ganda
.Bila dah naik uli lagi betul-betul sampai adunan tadi jadi kenyal.
.teknik uli sangat penting.Tak sama dengan Pau biasa.
Pau ni mempunyai kulit yang sangat halus.
Jika salah uli kulitnya akan jadi kesat
.Bila dah siap uli,bentukkan bulat-bulat ikut selera masing-masing..samada nak saiz besar atau kecik.
Isikan intinya,semasa nak isi intinya baru campur sengkung,ayam dan telur.
Tutup dan sepit dengan tangan jadi bentuk seperti dalam gambar diatas.
Diamkan sekejap sehingga pau naik tapi jangan terlalu naik,menurut puan CT jika terlalu naik,kulit pau akan berkedut-kedut,tak licin selepas dikukus
.Kukus pau sampai masak.Bila pau telah sejuk boleh di frozenkan......
Bahan-bahan untuk intinya:)
A 2 biji sengkuang.....parut kasar-kasar
1 labu bawang besar
1/2 batang lobak merah-parut kasar
1/2 tsp garam
1 tbsp gula
1 tbsp sos tiram
1 tsp lada sulah
1 tbsp kicap pekat
1 tsp kicap masin
1 tbsp minyak bijan
1 tbsp tepung jagung
Cara-caranya:)
Masukkan minyak bijan dalam kuali,bila panas masukkan bawang besar,kacau dan masukkan semua bahan-bahan lain kecuali tepung jagung.Kacau sebati baru masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.Masak sekejap je..takut dia berair.Ketepikan.
B Bahan-bahan untuk inti ayam:)
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil-kecil
1 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-ketuk
sedikit sos tiram
sedikit lada sulah
sedikit kicap pekat
sedikit kicap masin
2 tbsp minyak bijan
garam secukup rasa
1 tbsp gula garam secukup rasa
Cara-caranya:)
Panas kan minyak bijan ,masukkan bawang putih dan bawang besar.Masukkan ayam dan semua bahan-bahan tadi.Kacau dan ketepikan. Telur rebus secukupnya..belah 4.
Gebunya pau CikManggis nie... makan time panas2 sure sedap nie...
ReplyDeleteGood idea la cikmanggis kalau kita buat inti pau canggini... pernah dulu saya rasa, lupa kat mana...tapi memang sedap dan kenyangggg...hehe
ReplyDeleteinti dia dah buat saya terkecur !
ReplyDeleteperghh..ada telur dalam pau..
ReplyDeletememang tak boleh tahan ni..
ijan..pau ni jika sejuk dia liat-liat sikit..tapi kulit dia sangat gebu-licin
ReplyDeletefzmenu...lain dari yang lain..ada telur dalamnya!
ReplyDeleteLinda..nnt cikmanggis cuba try test buat sendiri..datang makan ya hihi
ReplyDeleteManje...cuba buat manje..mesti suka!
ReplyDeleteIni memang faberat gerau. Masakan ala-ala cina. Gerau ni kalau ada makanan ala cina, mulalah kena sawan melantak. Tapi bil kena buat sendiri terus lemah lutut
ReplyDeletegerau...sekali sekala cuba ala-ala cina ni mmg sedap,ubah selera tapi masakan pedas tetap dihati!
ReplyDeleteSy suka pau sayur.. sy minta resepinye ye... tq 😚
ReplyDelete