LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, June 1, 2009

Beriani ayam

Pagi tadi hantar anak lelaki ke station ERL Putrajaya kerana menghadiri sesi BTN di kem bina semangat di Kelang, persediaan sebelum berangkat ke Ireland september ni .(berkumpul di pejabat mara jalan raja laut) .Kurang 3 orang......angah oncall malam ni tak balik rumah.Kak long balik ke Muar menguruskan perpindahannya ke UIA,ada 2 orang lagi kat rumah ni hehe...Terus masuk "ofis" nak masak sebab suami balik lunch.Untung pejabat berdekatan dengan rumah,hari-hari balik lunch:) Hampir seminggu beliau bercuti sebelum memulakan tugas di ibu pejabat.Rasa lega sebab ada Atiqa membantu menjemur kain,cuci pinggan mangkuk dan mengemas bilik-bilik tidur kat atas.Jika tak cm yang kena buat sendirian.Sangat penat,bila malam dah tergolek kepenatan..... Hari ni rasa nak masak nasi beriani johor.... resepi beriani ni cm dapat dari kawan baik yang berasal dari Batu Pahat berbelas-belas tahun yang lalu.Sekarang ni anak perempuan bongsunya mengambil alih perniagaan catering keluarganya.Terima kasih kak Minah,banyak resepi-resepi keluarga yang kak Minah bagi pada cm,beliau tidak lokek dengan ilmu yang dia ada...jadi cm nak panjang-panjangkan ilmu ni kepada kawan-kawan yang membaca blog ni. Rempah Beriani kak Minah 100 gm ketumbar biji 2 tahil jintan manis 1oo gm halia kering 1 peket rempah tumis(pek kak) 70 gm buah pelaga 1 tsp serbuk kulit kayu manis 100 gm serbuk lada sulah 50 gm cengkih 5 gm sajirah Cara-caranya: Blend kering bahan-bahan diatas sampai hancur.Siap untuk digunakan. Beriani Ayam bahan-bahannya: 1 ekor ayam-potong 6 3 biji cili hijau-tumbuk kasar 2 batang daun ketumbar-mayang halus 2 batang daun pudina mayang halus 3 tbsp tomato puri 2 tbsp tomato sos 2 biji buah tomato-potong dadu 2 tbsp gula 1 tbsp madu 1 tbsp pati beriani (kat atas tadi) 1/2 cawan bawang goreng 1/2 tin susu cair garam secukup rasa 1 tbsp minyak sapi 1 tbsp halia parut 4 ulas bawang putih-tumbuk hancur 3 tbsp minyak goreng bawang sedikit ajinomoto(optional) cara-caranya: Campur semua bahan-bahan diatas bersama ayam.Perap selama 1 jam.Masak dengan menggunakan api yang perlahan sampai ayam masak.Siap! Untuk nasi Beriani: 2 cawan beras basmathi 1/2 inci halia-tumbuk halus 2 ulas bawang putih-tumbuk 4 ulas bawang merah-tumbuk 3 cawan air garam secukup rasa Minyak jagung untuk menumis(asalnya minyak sapi) 1 inci kulit kayu manis daun pudina dan ketumbar secukupnya. Cara-caranya: Tumis kulit kayu manis.Masukkan bahan-bahan tumbuk.kacau sampai wangi baru masukkan air.Bila air mendidik masukkan beras dan sendukkan 4 tbsp kuah ayam beriani ,masukkan dalam campuran beras tadi.Masak nasi sampai masak.Masukkan beberapa tangkai daun ketumbar dan daun pudina.Siap;)

2 comments:

  1. waa senang kan makcik pakai ayam..
    kalau daging kena tunggu lama
    baru empuk..manje selalu request letak
    telur rebus dalam beriani..sukaaa
    sangaattt...huuu kolestrol..kolestrol~

    ReplyDelete
  2. Gerau kalau dapat beriani johor, macam lupa ingatan.

    ReplyDelete