LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, May 22, 2009

Udang Gulai Darat

Setiap jumaat dan selasa ada pasar tani kat rumah cm ni.Selalunya cm beli bekalan lauk untuk 2-3 hari..hari ni ikan dan udangnya sangat segar...mata biru dan insangnya nampak sangat fresh.Kita beli 2kg udang besar dan 1 kg udang sederhana besar,ayam,daging dan sayur-sayuran sebab minggu ni semua anak-anak cm akan berkumpul.Hampir 5 tahun anak-anak tak cukup korum,ada je seorang yang tercicir.Angah dan atiqa tak pernah berjumpa sudah 5 tahun sejak mereka keluar negara untuk belajar. Angah ke Australia dan Atiqa ke United Kingdom,masa cutinya tak pernah sama. Lusa Atiqa akan balik dan kami anak beranak rasa sangat seronok walaupun cuma beberapa minggu sebab atiqa akan kembali semula bekerja disana:( Macam-macam plan dah ada dalam kepala..nak masak tu,nak masak ni...dan yang penting nak ambil gambar keluarga sebab beberapa tahun lepas kami bergambar tanpa Atiqa tapi kedai gambar tu guna teknik super impose untuk meletakkan gambar Atiqa..hehe memang nampak lain sikit.Bulan September ni anak lelaki cm pula akan ke Ireland untuk memulakan pengajian setelah membuat persediaan IB-International Baccalaureate selama 2 tahun...jadi cm dah cakap kat suami,..mesti ambil gambar keluarga..jika rindu pada anak-anak dapatlah cm tengok-tengok gambar tu tapi suami cm seorang yang sangat "cool" dan relax serta tidak emosi, dia cakap jika rindu call aje..sekarang ni ada web cam,call je you dapat lihat live lagi ... Berbalik pada cerita udang besar ni,cm dan suami agak jarang makan udang sebab kami menghadapi masalah yang sama iaitu kolestrol tinggi-kolestrol jahat(LDL) tapi hari ni bila tengok udang tu..hai tak boleh nak pantang..nak makan sikit je,sekor pun jadila..masakan kegemaran kami ialah gulai darat udang.Ini resepi emak yang cm salin dalam buku resepi peribadi cm beberapa tahun lalu,emak cm cakap nama gulai darat ni sebab bahan-bahannya tak tumis..masuk sekali gus..jika tumis kena panggil gulai apa ya?hehe Bahan-bahannya:) 400 gm udang(bersihkan tp jgn buang kulit) 1/2 sudu besar rempah kari ikan 1 inci halia 1 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup 4 tangkai cili kering-jika suka pedas bubuh lebih. 1/2 sudu makan ketumbar biji 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 biji santan kelapa 1 sudu makan kerisik asam keping,gula melaka dan garam secukupnya Cara-cara membuatnya:) Cili kering dan ketumbar digoreng tanpa minyak-tumbuk halus,bawang putih,bawang merah,halia,kunyit dan lengkuas diblend sampai lumat.Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk termasuk udang dan santan serta rempah kari. Masukkan garam dan gula melaka secukupnya.Akhir sekali masukkan asam keping dan kerisik .Masak sampai pecah minyak.

4 comments:

  1. Wah, sukalah Atiqa balik sini dpt makan sepuas-puasnya masakan akak.

    Yummy, nampak sedap udang tuh. Saya tak pernah masak cara begini, masukkan gula melaka. Tapi ... saya mesti cuba. TQ !

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah!
    Makan dengan pulut pun sedap kan?

    ReplyDelete
  3. Linda..cuba la..insya Allah takkan menghampakan

    ReplyDelete
  4. Salam prof. terima kasih kerana sudi datang ke blog cikmanggis ni..ya..makan dgn pulut pun ok,dgn nasi putih pun boleh

    ReplyDelete