Thursday, May 21, 2009
Kebun
Jika ambil gambar ini lah sudut yang CM suka , terbayang bayang masa anak-anak balik semasa mereka tinggal di asrama ,bahagian inilah tempat dorang berlari,main badminton dan lepak-lepak kat buai.Tapi sekarang semuanya dah besar hanya CM saja yang lalu lalang kat tepi ni..(nostalgia Sungguh)..jika diberi peluang sekali lagi,nak putar balik masa anak-anak kecil dulu...riuh rendah...
Pokok pisang dah besar untuk daunnya saja, pokok dragon fruit pun ada,pokok kunyit,pokok kari,pokok telang dan pandan ada juga untuk kegunaan sendiri. Selain daripada hobi, bercucuk tanam ni salah satu bentuk therapy untuk menghilangkan stress..
Benih halia hitam ni nenek nini yang bagi mengikut katanya banyak kegunaannya.
Pokok oregano ni berguna bila CM masak masakan barat
Pokok pudina baru nak hidup selepas dimakan siput
Semalam CM petik dapat semangkok,pilih yang masak-masak sahaja
Cili api ni dah nak mati tapi masih mengeluarkan hasil
Pokok sireh ni banyak kegunaannya
Pokok-pokok orked ni dah lama tak terurus,bunga pun dah tinggal beberapa ranting je
Semalam semasa menyusur ke blog Ayoh wang CM terserempak dengan blog LEE dan Cm baca posting beliau satu persatu...sangat tertarik dengan tulisannya dan terasa sangat tersentuh dan rindu pada kampung halaman yang telah sekian lama CM tinggalkan..nostalgia sangat bila penulis menceritakan suasana kampungnya..pelihara ayam itik..suasana semasa arwah ayahnya masih hidup..alfatehah buat arwah ayah LEE
Ketika ayah dan mak CM masih sihat mereka selalu datang menziarahi anak-anak yang tinggal disekitar Lembah Klang.Apabila mereka datang kerumah CM emak selalu cakap ..kamu ni ikut Wan(panggilan untuk ayah CM)...suka bercucuk tanam dan apa yang ditanam hidup subur.Ayah CM suka bercucuk tanam,..penuh dengan pokok buah-buahan dikeliling rumah...dan beliau sangat rajin..halaman rumah dibersih setiap hari,dikutipnya daun-daun kering satu persatu...tapi sekarang ayah sudah sangat uzur,umur menjangkau 80an..dah tak larat nak buat semua tu.
Pagi tadi CM kemaskan pokok-pokok bunga dan tanaman sekeliling rumah..tapi dalam hati teringatkan ayah..terbayang masa kecik-kecik dulu ,nampak ayah cangkul tanah buat batas tanam sayur..timun,petola sawi...hobi ayah adalah becucuk tanam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
samalah ngan ayah kita..
ReplyDeletelepas tu turun pulak kat cik manje..
cik manje ade projek ni,
nanti cik manje upload pic k~
selamat bercucuk tanam~
cikmanggis...
ReplyDeleteakak nie sangat magis .. apa yang akak masak, nampak sedap.. apa yang akak tanam, menjadi ... dan sesekali akak menulis, sangat menyentuh hati .
selalunya kebaikan dan kejujuran kita terpancar melalui keharmonian dan kejayaan anak2. saya bangga ngan akak .
Sebagaimana kesedihan dan kesayuan akak menyusuri halaman yang memberikan nostalgia itu, saya faham.. sbb walopun ilmu & pengalaman saya kecil dan cetek berbanding akak.. tapi saya juga merindui saat2 ketika anak2 saya masih kecil dan ketika bayi .
Saya tunggu cerita akak selanjutnya ok.
Salam CM,
ReplyDeleteOoo, suke berkebun jugok ye. Baco kisoh CM kat atas, terkenang ko rumoh di Kuala Berang yang kami tinggalkan. Masa nak pindah ke Langkawi, semua pokok2 bunga kami sedekoh ko sain-sain je. Pokok2 taname lain spt. betik, tebu, serai, lengkuas, pisang, kunyit, pandan, buah naga, tinggal gitu je lah. Nok wat guane, doh tugas, terpakso pindoh.
manje...jangan lupa masukkan gambar ya!makcik sangat suka tanaman hijau ni..sejuk mata memandang
ReplyDeletelinda...entah lah Linda..hari ni bila ingat kg halaman terus jd sedih....anak-anak pun dah keluar "sarang"..jadi kenangan lalu sentiasa dalam ingatan ..bagai nak menitis air mata ni...
ReplyDeleteLee D'DLangkawi...kito suko sangat berkebun walaupun tanoh keliling rumoh hanya sekangkang kero,dapat jugo tane pokok-pokok hok kecik-kecik,kalu lado burung tu,tok abih nok make,sedekoh ko sain-sain....wah..tentu seronok dok Langkawi ya!
ReplyDeletehuhuhu sejuk ajer tgk umah akak.akak kita pun suke gak bercucuk tanam tpkan cik hby lar yg buat kita jd mandur aje
ReplyDeletehehe seronok jd mandur..ni jd pekebun kecil..tangan berkematu hehe
ReplyDelete