LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, March 24, 2009

Hokkaido bread

Malam tadi cikmanggis melawat blog BEACHLOVER KITCHEN @merempik (pinjam perkataan mat gebu) dan sangat tergoda dengan roti hokkaidonya...dah ada niat nak buat roti tu.Bila jengah je rumah mat gebu ..wah!! ... mat dah buat dulu hihi.Jadi apa lagi rembat je resepi yang mat dah kecilkan amaunnya....terima kasih cik mat kerana memudahkan kerja cikmanggis hehe

 Bahan-bahanya:
 2 cawan tepung roti
1/2 cawan tepung kek
 30 gm telur(godak dulu telur tu baru timbang,rasanya cam 1/2 biji je)
 1/2 cawan susu segar
70 ml whipping cream
 3/4 sudu teh garam
 2 1/2 sudu besar gula halus
 1 1/2 sudu besar susu tepung
 1 1/2 sudu teh yeast segera
1/2 sudu teh bread improver
 1/2 sudu teh bread softner

 Cara-caranya:

 Kita masukkan semua bahan-bahan di atas dalam bread maker.Bila dah siap ,keluarkan dan uli dengan tangan jap biar adunan tu betul betul kenyal untuk dapatkan hasil yang "lumayan"

.Lepas tu bentukkan membujur dan masukkan kedalam tin pembakar.Biarkan doh selama 45 minit dan bakar hingga masak.Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu ya...

 Bau roti yang sedang dibakar menjalar dalam satu rumah cikmanggis menyebab kan suami dan anak lelaki cikmanggis datang kedapur dengan hidung yang kembang kempis...hehe..mereka mencari arah bau roti tu.....dan akibat dari itu roti hokkaido ku tak sempat garing kulitnya...dan masa cikmanggis menulis ni roti tu hanya tinggal hujungnya saja..gembira sebab roti hokkaido ku hampir licin malam ni!

No comments:

Post a Comment