LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, March 24, 2009

Ayam bakar yogurt

Bahan-bahannya: 2 keping paha ayam 2 inci halia muda 4 ulas bawang putih 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar madu 3 sudu besar plain yogurt 2 sudu besar gula merah atau gula melaka 1 sudu teh garam 1/2 kiub ayam 1/2 sudu teh garam 2 ulas bawang putih 1 inci halia Cara-caranya: Tumbuk 2 ulas bawang putih dan 1 inci halia dengan garam sampai lumat,perap pada ayam selama 1/2 jam.Blend halia muda,bawang putih,gula merah,sos tiram,kicap manis,yogurt dan garam serta kiub ayam sampai sebati.Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang sangat pelahan sampai pekat. Ayam dibakar sampai masak .Sapukan dengan bahan bahan yang dikisar tadi dan bakar sekali lagi.Apabila ayam dah bertukar warna keemasan ,terbalikkan dan sapu dengan bahan bahan yang dikisar tadi sampai rata dan bakar lagi . Ayam bakar yogurt ni sangat "ngam"dimakan dengan nasi ayam dan sos cili nasi ayam.Sudukan lebihan sos perap ayam yang ada di dulang pembakar tadi pada ayam....hmmm...gerenti menjilat jari!

4 comments:

  1. nak link blog ni...ada resepi best...

    ReplyDelete
  2. cikmanggis ala sedapnye...tergoda betullah..hehe cantik bunga.

    ReplyDelete
  3. cikmanggis..ish terliur nengok ayam bakar tu..meleleh u!

    ReplyDelete