LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, February 9, 2009

Ubi kayu rebus

Ubi kayu rebus:
Ubi kayu dibuang kulit dan dipotong. Rebus dengan sedikit garam. Kelapa parut (putihnya saja)panaskan dalam ketuhar mikro sekejap Gaulkan dengan secubit garam Hidangkan ubi rebus dengan kelapa parut dan gula. Atau sambal ikan bilis...ikut selera masing-masing

Petang tadi selepas menemani anak-anak cikmanggis berenang tak sempat nak masak apa-apa untuk minum petang.Penat betul duduk "sebek" tepi kolam.Anak perempuan cikmanggis mengajar adik lelakinya berenang...nampak gayanya "kenyang" jugalah adiknya minum air kolam tu.Hampir separuh kolam renang tu adalah kanak-kanak.Riuh rendahnya tak terkata...ibu dan ayah pula dok menguap je tepi kolam. Balik dari kolam renang perut terasa sungguh lapar.Arini cikmanggis masak rice porridge je...tp ini adalah favt suami dan anak anak..

.Makan malam adalah bubur dan minum petangnya ubi rebus makan dengan kelapa dan gula....klasik bunyinya..hehe.Pada awalnya anak-anak dan suami tak "pandai"makan ubi kayu dengan kelapa atau sambal ikan bilis tp lama kelamaan dorang makan juga sb ini adalah favt cikmanggis...hehe ambil hati!

6 comments:

  1. waaargh!..dah lama x makan ubi rebus ngan kelapa nih..bak ckit kak!

    ReplyDelete
  2. ubi tanam sendiri ke...el mmg suka mkn ubi rebus ngan sambal hijau ikan bilis emm...tp mlm member sebelah terpaksa tanggung akibatnya..

    inahar, pandai gak makan ubi rebus ke?

    ReplyDelete
  3. Inahar pandai ke makan ubi rebus?ni makanan orang-orang veteran ni

    ReplyDelete
  4. Beli pasar malam datin....tak cukup tanah nak tanam ubi...hehe sian member sebelah datin tu...baik jgn makan ya!angin namanya tuh!

    ReplyDelete
  5. akak n datinel..kita pun dah veteren gak..sama aje taste owg2 dh berumur ni kan?! haha..

    ReplyDelete
  6. inahar,Datinel ni muda lagi tapi cikmanggis ni sama baya dgn Ayah Wang..kih kih

    ReplyDelete