LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, February 10, 2009

Marble cake mat gebu

Dah lama niat nak buat kek marble resepi cikmat ni tapi asyik tertangguh je.Hari ni dah nekad nak buat jugak walaupun satu bahan kurang iaitu gliserin.Maaf lah cikmat akak ubahsuai sket...hehe cam terer bunyinya...tapi en.mat gebu ni kira sifu cikmanggis la...boleh la ya.Walaupun ramai yang dah tau tentang resepi mat ni,cikmanggis sertakan jugak.Kira penghormatan pada "tuannya" Bahan-bahannya:
  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g Gliserin(diganti dgn 50 gm susu segar)
  • 20 g air(tak masuk air)
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco.
cara-caranya: Pukul butter sampai kembang-ketepikan.Gunakan bekas yang kering pukul telur dan gula serta ovallate sampai kembang dan gebu.Masukkan tepung dan diselang seli dgn butter dan juga susu segar.Apabila adunan dah sebati bahagikan 3 bahagian.Satu tambah esen vanilla,satu lagi campur strawberi emulco dan yang last tu campur coklat emulco. Tuangkan adunan kek kedalam tin kek secara berselang seli warnanya.Dgn menggunakkan chopstick buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 175C selama 40-45 minit atau sehingga kek masak.

No comments:

Post a Comment