LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, January 21, 2009

Sunset


Pada 2 dis.lalu cikmanggis sempat ke Melbourne selama seminggu kerana menghadiri majlis graduasi anak perempuan cikmanggis,berada dalam pesawat selama 8jam penerbangan terasa amat meletihkan tetapi perkara yang amat menusuk hati dan sanubari cikmanggis apabila tiba waktu maghrib di udara,apabila melihat ke luar pesawat terasa sebak tak dapat dicerita dgn perkataan.....


cikmanggis sempat menganbil gambar pada saat saat matahari terbenam. Apa yang cikmanggis lakukan apabila terpandang pemandangan itu hanyalah berzikir,berdoa padaNya,kagum akan kebesaranNya,Semasa berada dalam pesawat cikmanggis hanya berserah nasib pada Allah Taala...bayangkan jika apa apa yang berlaku,walaupun sedikit kesilapan pada pesawat,tiada siapa yang mampu menolong kita kecuali Dia....

 Alahamdulillah selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali ke Malaysia bumi ku tercinta.Semasa berada di Melbourne cikmanggis sempat ke restoran Afghan...kebab yang paling sedap yang pernah cikmanggis makan dan nasi bryani yang sangat enak.Setiap kali cikmanggis marasai makanan yang enak enak cikmanggis akan cuba memasak masakan tersebut,selalunya gagal..hehe

No comments:

Post a Comment