Mee goreng
Selamat tahun baru semoga sentiasa berada dalam keadaan ceria selalu,setiap tahun kita selaluinya mempunyai azam baru tetapi masalahnya azam hanya tinggal azam.Pada tahun 2009 ni cikmanggis tidak mempunyai azam baru tetapi ingin menrealisasikan azam yang tertunggak sejak sekian lama.Umur cikmanggis dah 50an tentu anda dapat bayangkan azam cikmanggis yang terdahulu hehehe....
Hari ni cikmanggis ingin berkongsi resepi ringkas tapi sedap iaitu Mee Goreng Tahun Baru,sangat senang dan bahan bahanya sangat murah.selamat mencuba ya
Mee goreng tahun baru
Bahan bahanya adalah seperti berikut:
1:satu paket mee kuning
2:udang segar,tauhu pok,fish cake atau fish ball
3:Sawi,tauge dan karot(potong ikut selera anda}
4:satu labu bawang besar,4 ulas bawang putih dan 3 tangkai cili kering(rendam dalam air panas) dikisar sampai halus
5:gula,garam,sos tomato,kicap manis dan sos tiram serta lada hitam.
cara membuatnya:
1:panaskan minyak dalam kuali,masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik baunya
2:kemudian masukkan udang dan fish cake kacau sampai sebati baru masukkan garam gula,sos tiram dan sos tomato serta lada hitam
3:masukkan mee kuning,gaul rata bersama karot,kemudian masukkan sawi dan akhir sekali tauge,
4:siap untuk dihidangkan......
cikmanggis,
ReplyDeletesalam kenal. Meriah tengok mee goreng cikmanggis.. macam2 ada! Saya punya teramat le simple..
-dhill-
mee goreng ni macam sedap sebab taugehnya hidup-hidup.
ReplyDelete