LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, January 21, 2009

Selamat tahun baru cina















Tinggal beberapa hari lagi masyarakat cina akan menyambut tahun baru cina,cikmanggis
sekeluarga tidak ketinggalan meraikan dengan keluarga mertua,anak anak yang paling seronok kerana dapat angpau.Mereka sangat seronok kerana dalam setahun dua kali dapat duit raya...raya aidilfitri dan raya cina,tetapi sekarang anak anak cikmanggis sudah dewasa,cuma tinggal yang bongsu saja yang masih bersama kami di rumah.....

Cikmanggis membuat sedikit persiapan kuih "raya"untuk dibawa ke kampung mertua nanti, tadi beli sedikit bahan bahan untuk buat biskut,selalunya cikmanggis buat biskut mazola,almond london dan tat nanas. tetapi tahun ni nak tambah sejenis dua lagi.

Apabila siap biskut tu nanti akan cikmanggis muatkan gambar dan resepi dalam blog cikmanggis ni,....SELAMAT TAHUN BARU CINA....dari cikmanggis sekeluarga.

No comments:

Post a Comment