Tuesday, January 27, 2009
sarapan sandwiches je pagi ni....
Hari ni hari yang paling sibuk sb banyak kerja rumah yang tertangguh.Dah tiga hari berfoya foya dengan anak anak kerana mereka balik bercuti.Inilah peluang nak masak-masak sebab ada yang akan tolong makannya.
Jika hari biasa cikmanggis tinggal tiga beranak je,suami cik manggis pulak bukan kaki makan.Makan sandwiches 2 keping pun tahan sampai petang.Gembira lihat anak-anak makan.Berselera betul.Hari ni dah ada dah dalam kepala nak masak apa, jadi pagi ni sarapan simple simple je.Along ckap dia nak jaga badan sket,dah dua hari jogging.
Semoga berjaya ya...jadi sandwiches ni sesuai lah ya..hehe.Kat sekolah sekarang sibuk dengan merentas desa jadi eloklah join budak budak tu berlari,cikgu pun kena bagi sokongan moral..dgn
berlari juga....
Angah pula ni masa "berbulan madu"bila dah kerja nanti tentu tak ada masa nak makan pun,apalagi nak bersantai santai.Harap harap akan dapat hospital yang berdekatan dengan rumah kita ni atau Hkl pilihan pertama tu.
Jadi sekarang ni boleh tidur sepuas puasnya dan makanlah apa yang dimasak kat dapur tu semahunya.Qah pula akan balik bercuti hujung bulan mac ni,tak sabar nak nyalakan dapur arang kat belakang rumah tu.Dapat bayangkan Qah berpeluh peluh ditepi dapur arang tu dengan muka yang comot kena arang hehe.......
Yang tak bestnya bila asap masuk dalam rumah cik latif...hehehe
mama dah plan nak bakar ikan,ayam,daging...Petang ni nak hantar Shin balik kolej.Tinggal beberapa bulan lagi shin akan ke Ireland,nak" join" kakak kakaknya .
Nanti bila abis belajar boleh buka clinic hehe kena ajak Inahar join sekali la ya...
Ok,ni cikmanggis upload gambar sanwiches,lebihan sayur sayuran yang
buat vietnamese roll semalam cikmanggis gunakan untuk sandwiches
tuna pagi ni....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah...anak2 akak seme jd doktor ye..bolehla nnti saya panggil wat 'locum' kt my clinic...hehe!
ReplyDeletebtw..brape owg semenye yg belajar kt ireland tu?
Hehe...sebenarnya baru sorang nak g Ireland,maksud "join"tu...join the club,satu kat monash,baru tamat dan satu lagi kat Manchester,baru abis final year exam...maknya yang excited lebih hihi.
ReplyDeletesemenya belajar medic ye kak?alhamdulillah..mmgla excited maknya kan..arap2 diorang dpt keje kt hkl la..dekat ckit ngan maknya..hehe!
ReplyDeleteDorang sangat minat dalam bidang ni,jika cal..ckp bab hospital je,kadang kadang rasa cam akak ni
ReplyDelete"pelajar"medik la pulak hehe.Persamaannya they like cooking,..dr.yang pandai memasak cam inahar
....akak bangga dengan inahar!(ikhlas ni)
Seronoknya semua anak cikmanggis berjaya ek. Kak gerau tak taulah nasib cam mana. Susah benor nak suruh belajor. Kang gerau geram, gerau yang pi sekolah belajor. he he he
ReplyDelete