LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, January 31, 2009

Nasi goreng tomyam

Dah lama tak makan nasi goreng tomyam.Petang tadi selongkar dalam peti sejuk terdapat potongan ayam ,udang ,bunga kobis dan kacang buncis. Pes tomyam adabi ada sikit lagi. Bawang putih dan 3 biji cili api ditumbuk kasar, masukkan dalam minyak panas. Kemudian masukkan pes tomyam dan isi ayam,udang dan sotong yang dipotong bulat. Daun limau purut dan serai dipotong/diracik halus dimasukkan ke dalam kuali.Curahkan sos tiram,kicap manis,garam dan lada sulah. Lepas tu masukkan sayur-sayuran kacau rata dan masukkan nasi sejuk. Tambahkan sedikit daun ketumbar biar naik bau tomyamnya. Akhir sekali masukkan telur kacau sehingga rata dan biarkan sekejap Siap untuk dihidangkan.Hias dengan bawang goreng,daun bawang potongan limau kasturi dan cili masak serta timun.

2 comments:

  1. akak...laparlah..dahla tiap2 hari makan mamak je kt klinik nih..sbb tu je yg ada..xpe nextweek cuti br leh masak..huhu!

    ReplyDelete
  2. sabarla ya....cuti nanti kasi pulun habis habis!Masak yang best best dan jagan lupa upload fotonya ya....akak tak masak ari ni,ptg ada sambutan CNY oleh persatuan cina muslim malaysia kat Masjid Mukhsin Ikhsan taman desa jalan kelang lama.Vip yang akan datang ialah dato zahid hamidi...jemput datang ya...

    ReplyDelete