LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, January 30, 2009

kueytiew sup chinese style

Bahan-bahannya: 1/2 paket kueytiew 5 ulas bawang putih 2 batang sawi 100 gm udang segar 1 ketul kecil bunga kobis 1 biji telur 1 biji buah tomato 100 gm sotong 100 gm hirisan daging. 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu kecil minyak bijan 1 sudu besar sos tiram garam gula lada sulah Minyak untuk menumis untuk hiasan: Daun sup dan daun bawang Bawang goreng cili masak Cara-caranya: 1. Bawang putih ditumbuk kasar. 2. Tumis bawang putih sampai wangi 3. Masukkan 3 cawan air rebusan daging biar mendidih 4. Baru masukkan daging,udang dan sotong 5. Masukkan sayur-sayuran 6. Masukkan garam,gula,lada sulah dan sos tiram 7. Pecahkan telur kacau sampai hancur tuangkan kedalam kuah mendidih cpt2 kacau 8. Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan minyak bijan,masukkan dalam kuah tadi 9. Celur kueytiew dalam air mendidih,letak dalam mangkuk dan curahkan kuah keatasnya. 10. Hias dengan hirisan daun sup,daun bawang cili potong dan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment