Resepi ayam panggang ni diberi oleh anak
perempuan cikmanggis,Atiqah yang berada di Manchester dua tahun lepas.Bila dia balik ke Malaysia barulah dapur arang cikmanggis berasap hehe...sebenarnya malas nak nyalakan dapur arang,leceh sikit.Jika memanggang saya lebih suka guna oven letrik.
Bahan bahannya:
1/2 ekor ayam sederhana besarnya,bersihkan,jgn buang kulitnya
5 cm halia
4 ulas bawang putih
Garam,gula melaka
1 tbsp madu
2 tbsp sos tiram
1 kiub pati ayam
3 tbsp kicap pekat
1 tsp lada hitam
5 cm halia-untuk perap ayam
2 ulas bawang putih untuk perap ayam
Cara-caranya:
Tumbuk 2 ulas bawang putih dgn halia serta sedikit garam
Lumur pada ayam,perap selama 45 minit.
Sementara itu siapkan bahan bahan untuk disapu pada ayam
ketika memanggang
5 cm halia dan 4 ulas bawang putih di tumbuk lumat
Campurkan bersama kicap pekat,gula merah,madu,kiub ayam,
lada hitam dan sos tiram,gaul hingga sebati
Panaskan ketuhar 190 darjah celcius(terpulang pada jenis oven yang digunakan)
Masukkan ayam,bakar sehingga ayam tu masak,tapi jangan sampai kuning
Keluarkan ayam dari oven,sapu dengan bahan bahan yang telah dibancuh tadi.
Bakar lagi selama 5 minit(hati hati,ayam cpt hangus)
Selepas ayam bertukar warna keemasan,keluarkan sekali lagi
Terbalikkan ayam sebelah bawah,sapukan lebihan bancuhan tadi.
Sapu rata rata dan bakar hingga warnanya sama dengan sebelah lagi .
Sesuai dimakan dengan nasi ayam
No comments:
Post a Comment