LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, May 9, 2020

KEBUN MINI SAYA



Sejak berpindah ke rumah baru dua tahun lepas masa banyak dihabiskan di kebun sekangkang kera di depan rumah saya.Suami pun telah bersara jadi banyak masa bersama di kebun mini kami.Saya rasa sangat seronok hilang segala rasa stress bila melihat pokok pokok yang di tanam tumbuh dengan suburnya apa lagi sayuran yang kami tanam adalah organik yang bebas dari racun.

Saya menanam beberapa rumpun pokok tebu hitam pemberian jiran di rumah lama saya.Alhamdulillah tumbuh dengan subur sejak hujan seminggu dua ini.

Pokok Pisang serendah.

Pokok pisang Nangka berbuah buat kali kedua.

Saya menanam timun diatas raised bed.

Insyallah posting yang akan datang saya akan tunjukkan cara cara nak masak acar timun dengan hasil timun dari Kebun Mini Saya ini...asalnya blog saya ini adalah blog masak- masak .bila anak anak semua dah keluar "sarang"hehe masak memasak bukan menjadi keutamaan lagi.Masak-masak dah jadi pilihan nombor dua ....sehingga bertemu lagi Wassalam.

5 comments:

  1. Alhamdulillah
    Cantik dan subur tanaman2nya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Seronok nya cik manggis..
    Suburnya hasil tanaman..

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaa, makcik tanam bayam brazil ja yg nampak hasil :)), yg lain tu good bye :(

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.
    Alhamdulillah... jumpa lagi. Berbudi kepada tanah, dapat hasil yang lumayan. Seronok rasanya melihat tanaman membesar dan dapat tuai hasil.

    ReplyDelete
  5. bestnya dpt berkebun
    baru bercadang nk tanam timun juga

    ReplyDelete