LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, November 18, 2013

Labu Masak Dengan Sos Tiram.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Satu lagi menu yang sungguh simple dari dapur Cm :).....Labu Masak Dengan Sos Tiram.Jom kita lihat resipinya ya....

Bahan-bahannya:

1/2 biji labu yang saiz sederhana.-kupas kulit dan potong dadu.
4 ulas bawang putih-cincang.
1/2 labu bawang besar-cincang.
1/3 tsp lada sulah.
1/2 cawan air.
Sedikit sos tiram.
Sedikit kicap manis.
Sedikit kicap masin.
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Panaskan minyak masak.Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik baunya.
  • Masukkan labu dan gaul sehingga mesra.Kemudian masukkan sos tiram,kicap manis,kicap masin dan lada sulah.
  • Masukkan 1/2 cawan air dan gaul sehingga sekata.
  • Kecilkan api dan masak sehingga labu empuk.Jika air sudah kering dan labu belum masak bolehlah di tambah dengan sedikit air lagi.

3 comments:

  1. Sedapnya CM... dah lama akak tak makan labu ni... biasanya akak masak pengat atau kuih koci jer :)

    ReplyDelete
  2. Sedap ke labu masak sos tiram?

    ReplyDelete