LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, October 20, 2013

Roti Kukus Bunga /Roti Bunga Kukus :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Petang tadi Cm sediakan Roti Kukus untuk minum petang.Satu menu yang simple dan agak sihat.Masa raya haji minggu lepas , makan tak ingat dunia :)p...makan nasi dagang...makan sup tulang...makan lontong ..haish menyesal pun ada tapi yang berlaku dah pun berlalu jadi teruskan azam untuk makan makanan yang lebih sihat  selepas ini :)
sebenarnya tadi dah terlebih rajin nak main "masak-masak" dengan doh roti ni.Bila tengok di Buku Resipi doh roti dibentuk seperti bunga ros,sungguh cantik bila diwarnakan merah tapi Cm tak letak warna kerana suami Cm memang tak suka makanan yang warna warni ni.Jika boleh elak,memang di elakkan....Dulu Cm pernah masak Roti Kukus  yang plain seperti ini tetapi resipi Cm ambik dari Ayin Taiwan.

Bahan-bahannya:

2 1/3 cawan tepung gandum.
1 cawan air suam.
1 tsp yeast.
4 tbsp gula halus.

Cara-caranya:


  • Masukkan air suam,yeast dan gula ke dalam mangkuk.
  • Kacau sehingga sebati .Masukkan tepung gandum dan uli sehingga sebati.Untuk mengelakkan doh melekat pada tangan ,taburkan dengan sedikit tepung gandum.Uli sehingga licin.
  • Rehatkan doh sehingga naik dua kali dari  saiz asal.Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
  • Gulungkan doh memanjang mengikut saiz yang di kehendaki dan potong doh 25 gm setiap satu.Bulat bulatkan dan gelek nipis.Sebiji roti bunga memerlukan 4 keping doh.Bentukkan doh seperti bunga dan rehatkan sekejap sehingga doh  naik.
  • Panaskan pengukus dan kukus roti sehingga masak.
Nota::)

  • Roti ini boleh di makan begitu saja tapi  lebih sedap jika di cicah dengan kuah kari,sambal ikan bilis atau di sapu dengan kaya.Selamat mencuba.

14 comments:

  1. Hai sayanglah pula nak makan kalu doh cantik gitu rotinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap makan ketika masih panas.jika sejuk dia agak keras.Jika sayang makan cepat hehe

      Delete
  2. tu diaa.. penuh bunga ros satu loyang.. hihi...

    ReplyDelete
  3. Salam cm...rupanya cantik tentu rasanya juga sedap.

    ReplyDelete
  4. comeynya rot bunga tu..blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.Insyallah nanti Cm singgah..siap kan kopi ya hehe

      Delete
  5. Assalam CM, cantiikkk roti tuh...berselera lg la nak makan roti...selalu duk kukus roti Gardenia jer...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Ummi.Hehe roti Gardenia jika kukus pun sedap.Cm selalu simpan roti dalam peti sejuk.Bila nak makan baru kukus.Perangat.

      Delete
  6. CM, comey-comey macam bungs ros!

    ReplyDelete