LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, September 21, 2013

Sup Ayam Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam kampung (saiz kecil rm 12 sekor)
2 biji buah pear.
1 biji buah apple.
1 biji ubi  kentang.
 1 batang karot.
5-6 biji kurma cina.
2 biji buah tomato.
1/2 batang leek.
1/2 tsp lada sulah.

Cara-caranya:


  • Ayam di buang kulitnya dan di potong mengikut saiz yang di kehendaki.Bersih dan toskan.
  • Apple ,pear,kentang  dan buah tomato di potong empat.
  • Leek di kerat-kerat.
  • Karot di belah dua dan di potong agak besar agar tak hancur semasa di reneh nanti.
  • Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk dengan air yang mencukupi.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga ayam empuk dan kuahnya bertukar menjadi sedikit keruh.
  • Akhir sekali masukkan lada sulah.
  • Sup ayam seperti ini tak perlu letak garam atau perasa lain.Lebih sedap jika di kekalkan dengan  rasa asalnya.





Alhamdulillah kami dah siap makan sup ayam ni  :).Rasanya seakan-akan Stew Ayam .Sesuai untuk yang nak kurangkan berat badan atau yang suka dengan diet yang sihat.Cm sangat suka buah pear dalam sup ni.Sedap ada rasa masam-masam manis.



4 comments:

  1. sedapnyee.menu yg sihat dan sedap..tak penah tepikir nak masukkan buah dlm sup...=)

    ReplyDelete
  2. Wah istimewanya sup CM... ada buah2an lagi ;)

    ReplyDelete
  3. xpernah buat sup letak buah2...hihihi..

    ReplyDelete
  4. salam cm...
    mmg menu sihat nih.kena cuba nnt..

    ReplyDelete