LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, September 13, 2013

Pulut Kuning

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bahan-bahannya:

1 kg beras pulut
1 1/2 biji kelapa-ambil santan pekatnya sahaja.( 1 1/2 cawan)
Sedikit garam.
1 -2 tsp serbuk kunyit.
1 helai daun pandan.
Serunding ikan atau daging secukupnya.

Bahan-bahan tabur:

2 biji telur-dadar nipis dan di potong halus.
Cili merah-potong nipis&bulat.

Cara-caranya:


  • Beras pulut dicuci  bersih dan direndam bersama serbuk kunyit selama 2-3 jam.
  • Toskan pulut dan kukus dengan daun pandan  sehingga masak.
  • Keluarkan pulut dari pengukus dan masukkan santan bersama sedikit garam dan kacau sehingga sebati.Gaul sehingga betul-betul rata.
  • Masukkan pulut ke dalam pengukus dan kukus sehingga pulut lembut.
  • Alaskan loyang dengan plastik dan tuangkan separuh daripada pulut kuning ke dalam loyang dan tekan sehingga padat.
  • Kemudian taburkan serunding ke atas permukaan pulut tadi .ratakan.
  • Akhir sekali masukkan pulut yang selebihnya tadi dan ratakan ,tekan-tekankan sehingga padat.
  • Bolehlah di potong dan di hidang bersama rendang atau kari.
  • Hias dengan telur dadar dan cili masak.
Selamat berhujung minggu dan selamat menyambut hari malaysia.Semoga Malaysia sentiasa aman dan damai :) serta makmur.

3 comments:

  1. asalam CM..
    pulut bukan sebarang pulut...
    bila tengok memang bergelut
    berebut rebut masok mulut!!!

    ReplyDelete
  2. CM, terliur! PH dah lama tak makan pulut kuning.

    ReplyDelete
  3. Salam cm...sedapnya pulut kuning lagi sedap kalau ada rendang.

    ReplyDelete