LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, July 14, 2013

Sayur Peria




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sudah berbulan-bulan kami sekeluarga dapat menikmati sayur peria organik yang kami tanam betul-betul di depan pintu rumah kami..Rajin sungguh pokok peria ni berbuah tak putus-putus dalam masa beberapa bulan ini.Bermacam-macam cara Cm masak..kerabu,rebus,goreng,masak lemak ,makan sebagai ulam dengan sambal belacan dan lain-lain lagi.

Buah peria bergayut-gayut walaupun pokoknya hampir kering.Tadi Cm dok kira ada 7 biji yang menanti untuk di petik.Jika lambat peria akan masak.


Kami tanam pokok peria  ini betul betul di depan pintu kerana disinilah tanahnya yang  agak  subur  & gembur .Kami gilir-gilirkan dengan tanaman timun,terung,kacang panjang serta  peria dan peria yang paling banyak berbuah kerana hampir tiada musuh..

Alhamdulillah walaupun kebun bersaiz "sekangkang kera" hasilnya sungguh lumayan.Sayur yang bebas dari racun kimia.

 Saiz buah peria ini agak kecik jika di bandingkan dengan buah yang awal awal dulu.
Peria Goreng Dengan Daun Ketumbar.

Bahan-bahannya:

3 biji buah peria-hiris nipis.
6 ulas bawang merah-hiris
1 pohon daun ketumbar-cincang halus.
1/2 tsp serbuk lada hitam.
Garam dan gula secukup rasa.
sedikit minyak jagung untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi.
  • Masukkan peria dan kacau  rata.
  • Akhir sekali masukkan daun ketumbar,serbuk lada hitam,garam serta gula.
  • Gaul sehingga rata ,kecilkan api dan biarkan peria masak dengan airnya tanpa di tambah air biasa.
  • Hidang dan sedap di makan ketika masih panas.

Selamat berbuka puasa :)


7 comments:

  1. salam Cm
    best nya makan hasil tanaman sndiri kan mmg tangan hijau lah Cm ni

    ReplyDelete
  2. erm...bestnya... teringin plak nk menanam..tp tanam pun xde, sbb dok apartment..hihi.. tanam dlm pasu je la

    ReplyDelete
  3. Salam, CM masak peria tu tak perap dulu ya.. memang suka rasa pahitnya tu kut.. ok lah kalau selalu memasak peria dan ahli keluarga suka memakannya.. mcm Che Mid ni, makan sorang-sorang je.. jarang sgt memasaknya. Orang lain tak sentuh pun peria tuu..

    ReplyDelete
  4. bestnya peria..lagi best kalau digoreng bersama tauchu dan udang....

    ReplyDelete
  5. sure healthy eating home grown peria kan?

    ReplyDelete
  6. beruntung berbudi pada tanah ni...
    sy pun masak peria baru2 ni.. tp digoreng garing ala mamak tu.. kalau goreng mcm kak nah ni.. sy suka pecahkan telur.. hehe..

    ReplyDelete
  7. Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete