LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, July 18, 2013

Kuih Som Som.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Berbulan-bulan lamanya Cm dan  suami mencari benih pokok  Suji atau Pandan Serani tetapi gagal.Ramai yang tidak kenal.Cm pun tahu kewujudan pokok Pandan  Serani ini dari Bibik yang menjaga Aqeel cucu Cm tu.Katanya di Indon mereka gunakan untuk mewarnakan kuih muih seperti Kuih Som Som,Buah Melaka  dan Cendol.Tak perlu menggunakan pewarna tiruan yang ternyata tidak baik untuk kesihatan .

Alhamdulillah ada hamba Allah yang sangat baik hati dan sudi mengirim keratan pokok Pandan  Serani ini pada Cm tanpa mengenakan apa-apa bayaran melalui pos laju.Terharu sangat-sangat kerana kami belum kenal hanya kawan di fb je.Allah sajalah yang dapat membalas budi baik Puan R itu.Terima kasih.

Inilah rupanya daun Pandan Serani.Sebelum di tanam Cm ambil sedikit daunya untuk mewarnakan  Kuih Som Som  ini.Cantik hijaunya apabila dikisar ,gabungan daun pandan biasa dan daun pandan serani menghasilkan warna hijau yan cantik.Tak perlu tambahan pewarna tiruan dan  baunya pun sangat wangi..Mudah-mudahan pokok ini akan berkembang biak dan akan Cm panjang-panjangkan kepada sesiapa yang berminat.

Kuih Som Som.

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung beras.
1 1/2 tbsp tepung ubi.
Sedikit kapur.-bancuh dengan sedikit air.
1 biji kelapa parut ambil yang putihnya.
5 cawan air.
Secubit garam.
1 cawan air.
4 helai daun pandan.
5 helai daun  pandan serani .

Cara-caranya:


  • Kisar daun pandan dan daun pandan serani dengan 1 cawan air-tapiskan.
  • Kisar kelapa parut dengan 5 cawan air sehingga hancur-tapiskan.
  • Satukan semua bahan-bahannya hingga sebati dan tapis.
  • Dengan menggunakan periuk yang tidak melekat masak atas api yang sederhana.
  • Sentiasa mengacau adunannya tanpa henti sehingga adunan berkilat dan keluar wap.
  • Sejukkan dalam bekas  pilihan anda.Apabila sejuk boleh lah simpan dalam peti sejuk.

Sila abaikan rupa kuih ini kerana Cm tak sabar nak ambil gambar.Tak sempat nak tunggu betul-betul sejuk telah di keluarkan dari bekasnya :(

Sirap Gula Melaka.

Bahan-bahannya:

1 buku gula Melaka.
1 cawan air.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:

Masak gula Melaka bersama air dan daun pandan hingga agak pekat.Siap untuk dihidangkan bersama Kuih Som Som.Sedap dimakan setelah di sejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu.





9 comments:

  1. assalamualaikum..
    saya nak save resepi ni.. nampak senang.. macam teringin nak cuba.. mekasih shared.. :D
    ada jenis2 pandan gak ye.. ingat 1 jenis daun pandan itu je..

    ReplyDelete
  2. Alahai...nyamannya tekak kalau dpt kuih som2...

    ReplyDelete
  3. lain pula nmpk kaler daun pandan tu...apa bezanya dgn pandan biasa tu..?
    nmpk sedap kuih som2 tu...

    ReplyDelete
  4. baru pertama kali mendengar pandan serani nie...terima kasih atas informasi ini...ade satu lagi pilihan warna yang asli...

    ReplyDelete
  5. Salam. .alohaiii meleleh air lioq nekcik ni cm..mmg all time peberet nih....agi lagi bulan puasa...sejuk masuk ke tekak..
    Kalau dekat nak juga nekcik mntak pandan serani nii untuk kebun nekcik! !! Ha.ha

    ReplyDelete
  6. Dengar perkataan som som memang terus kecurrr dibuatnya CM!
    Itu rupanya ye daun pandan serani... bagusnya kalau saya pun boleh tanam!

    ReplyDelete
  7. Salam cm...kalau bulan puasa kuih macam inilah yang sedap.

    ReplyDelete
  8. CM saya memang suka guna daun pandan serani ni terutama bila nak buat serimuka atau tepung pelita...warna hijaunya 'naik'.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum CM..
    masih ada lg tak benih pandan serani..nak beli sikit boleh :)

    ReplyDelete