LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, May 11, 2013

Tauhu Sumbat.

Bahan-bahanya.

15 biji Tauhu Pok.
1/2 batang karot.
1/2 biji sengkuang -saiz kecil.
1 cawan tauge.
5 biji kacang panjang.
5-6 ekor udang.
4 ulas bawang putih.
2 tbsp udang kering.
Minyak untuk menumis.
Garam dan gula secukup rasa.

Sos

5 biji cili masak.
2 ulas bawang putih.
Sedikit garam.
Gula melaka secukup rasa.
3 tbsp sos cili.
1 biji limau kasturi.

Cara-caranya:


  • Kisar cili masak dan bawang putih dengan sedikit air.
  • Masukkan kedalam periuk .Masukkan semua bahan-bahan diatas dan masak sehingga pekat.
  • Seimbangkan rasa masin,manis dan masam.( Cm suka jika sos cili ni manis)


Tepung untuk salut.

1/2 cawan tepung beras.
1/2 cawan tepung gandum.
Sedikit serbuk kunyit.
Sedikit air kapur.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Tauhu di gunting sedikit bucunya untuk dibuat lubang.Lakukan sehingga habis dan ketepikan.
  • Bancuhkan bahan-bahan untuk salut dengan sedikit air seperti adunan untuk goreng pisang-ketepikan.
  • Karot dan sengkuang di parut kasar.
  • Kacang panjang dipotong kecil
  • Tauge di bersihkan dan dibuang kulitnya.
  • Tumbuk bawang putih dengan udang kering.
  • Udang di potong kecil.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan udang kering sehingga wangi.
  • Masukkan udang ,sayur sayuran ,garam dan gula.masak sehingga sayur layu.Biarkan sejuk.
  • Isikan inti kedalam tauhu.lakukan sehingga selesai.
  • Panaskan minyak.
  • Celupkan tahu kedalam adunan tepung dan goreng sehingga perang.
  • Goreng sehingga selesai dan toskan minyak dengan meletakkan tauhu ke atas tisu dapur.Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah di potong atau di belah dua.
  • Hidang bersama sos cili.
Kepada kawan kawan muslim/muslimah yang berpuasa bulan Rejab  hari ini Cm ucapkan selamat berpuasa semoga puasa kita di terima olehNya.

8 comments:

  1. Tengah posa ni kak tapi xtahan nengok tauhu sumbat nie...sedap..

    ReplyDelete
  2. salam..

    sedapnya tauhu sumbat tu

    ReplyDelete
  3. Sedapnyalah kalau dapat sepotong... aroma tauhu dengan sumbatnya dengan sosnya aduhai.... terus terliur gue!

    ReplyDelete
  4. gara-gara tahu sumbat akak nih la kita pakse hubby g kedai stat moto bli tahu.... zas terus dier g sbb dier pon teringin nak mkn... dan skrg udah kekenyangan bersandar tepi bantal.... kikikikiki

    ReplyDelete
  5. Howdy CM ! Guess life has been tough & busy lately. lol. However, life goes on. Right? I've never tired eating tofu sumbat with tofu puff. Looks like pretty chewy. I still think deep fried white tofu still the best especially when it still juicy warm, Right?
    Hope you're having a lovely evening.
    Kristy

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak..nmpk sedap tauhu sumbat ni,xmcm yg sy biasa buat..kena try ni =)

    ReplyDelete