LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, May 28, 2013

Kek Kastad Pandan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Lamanya Cm tak kemaskini blog masak-masak Cm ni kerana kesibukan yang memanjang.Apa khabar kawan-kawan yang Cm sayangi semua ..semoga sentiasa didalam keadaan sihat walafiat.Malam ni Cm nak merayau rayau ke dapur kawan-kawan....rindunya....

Sebelum itu Cm nak ucapkan terima kasih pada Nor Secubit Garam kerana Cm ambik resipi Kek Kastad Pandan dari dapurnya.Sebenarnya dah lama nak buat kek begini tetapi entah kenapa terasa sangat sukar ........belum cuba belum tahu kan jadi setelah mencubanya ,ok lah tak susah sangat walaupun kena "panic attack" masa nak siram kastad pada kek tu....jadi kek yang Cm buat ni tak lah se comel kek yang Nor buat hikhik...Gedabak rupanya macam tuannya le  hehe.Kek yang Nor buat pula nampak sungguh cute seperti tuan empunya resipi.T.q Nor :)
Kek Span Pandan.
Sumber: Nor Secubit garam.

Bahan-bahannya:

150 gm tepung super fine.
150 gm gula halus.
5 biji telur.
1 tbsp ovalette.
80 ml minyak jagung.
80 ml air daun pandan.
1 tsp serbuk penaik.
Sedikit pewarna hijau.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali minyak jagung kedalam mangkuk pengadun.
  • Putar dengan kelajuan tinggi sehingga adunan gebu.
  • Masukkan minyak jagung dan putar lagi sehingga ringan.
  • Tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak dan di alas dengan kertas minyak 
  • Bakar sehingga masak selama 45 minit dengan suhu 150-180 darjah celcius .
  • Bila dan masak telengkupkan atas rak dawai selama 5 minit agar kek tidak kempis atas turun.( Cm lambat telengkupkan loyang kek jadi kek span ini mengecut )



Kek Kastad Pandan.

Resipi :Sweet4ever @myresipi.
Sumber:Nor Secubit garam.

Bahan-bahannya:

Sebiji Kek Span Pandan.

A

180 gm gula halus.
500 ml air daun pandan.
1 tbsp serbuk agar-agar.( Cm terlupa)

B

400 ml santan pekat (Cm guna santan kara)
85 gm tepung Hoen Kwee hijau.
Secubit garam.
Sedikit pewarna hijau.
(setelah dibancuh adunan agak pekat jadi Cm tambah sedikit air agak-agak 50 -100 ml)

Hiasan: 1 cawan kelapa kering.

Cara-caranya:


  • Kek dihiris  dua dan ketepikan.
  • Satukan bahan-bahan A ke dalam periuk  dan masak sehingga mendidih dan gula hancur.
  • Satukan bahan-bahan B kedalam mangkuk dan tapis agar tiada ketulan pada adunan.
  • Tuankan kedalam A dan kacau sehingga masak tetapi jangan terlalu pekat.(guna api yang perlahan)
  • Letakkan sekeping kek kedalam bekas atau acuan bulat yang besar sedikit dari saiz kek tadi.
  • Tuangkan 1/3 kastad keatas kek dan hentakkan sedikit agar kastad sekata.
  • Letakkan sekeping lagi kek span ke atas permukaan kek yang pertama dan tuangkan lebihan kastad keatasnya.
  • Biarkan sejuk baru disimpan di dalam peti sejuk.Hiaslah  mengikut kreativiti masing masing.

Nota:

Semasa sedang mengacau adunan kastad Cm  baru perasan yang tak ada agar-agar serbuk jadi terus panik takut kek tak jadi Dan entah kat mana silapnya semasa menuang kastad pada lapisan pertama Cm terlebih tuang jadi tak cukup kastad untuk melindungi keseluruhan permukaan kek .terpaksa  Cm bancuh satu lagi adunan kastad lalu menuangkan kesemuanya ke atas kek sebab tu lah lapisan kastad di permukaan kek agak tebal.Alhamdulillah Kek kastad ni tetap ok walaupun ada bahan yang tercicir.Syukur alhamdulillah dan rasanya sedap :)...


6 comments:

  1. wah hijau mata zila memandang ni kak..dengan pandan nye..harusla sedap kastard tu kan..

    ReplyDelete
  2. Ohh..Tidak..Kek ni posing kat rumah CM pulak. Ad lg tak kak..Nakkk..Hehehe :)

    ReplyDelete
  3. CM, not bad lah! Lapisan atas kastad to tebal - that's what I like hee..hee...PH nak try jugak tapi sure akan panik macam CM masa nak tuang kastad. Darah gemuruh!

    ReplyDelete
  4. samalah dgn saya kak... sama berdebar2 masa nak lapis ngan kastard.. takut kastard tak cukup & mcm2... by the way.. mmg sedap kek ni.. lgpun boleh ejas manis ikut kesesuaian yg kita suka.. kalau beli punya manis sgt...

    ReplyDelete
  5. Salam..

    cantiknnya kek lapis pandan tu..teringin juga buat kek macam ni..mesti sedap kan..

    ReplyDelete
  6. Hi Cik Manggis, saya Dawn Chan, wartawan dari akhbar New Straits Times. How do I get in touch with you please? Can you email me your contact number so I can call you? It is dawnchan@mediaprima.com.my. Thank you.

    ReplyDelete