LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, April 3, 2013

Sambal Pauh.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Satu lagi menu yang menjadi kegemaran kedua ibu bapa Cm. Sambal Pauh atau Sambal Mangga Muda..Jika Cm balik ke Kota Baharu ,tak perlu susah susah nak tumbuk sambal begini.Singgah di mana-mana warung makan  dan beli je 2 rm dah cukup.....bak kata seorang kawan Cm tu..siapkan  pitis je :)

Bahan-bahannya:

2 biji mangga muda
10 biji cili api.
2 ekor ikan kembung.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Ikan dipanggang dan buangkan tulangnya.
  • Mangga dikupas kulitnya dan diparut kasar.
  • Tumbuk cili api dan garam .
  • Masukkan isi ikan dan tumbuk sehingga isi ikan sebati dengan garam dan cili api.
  • Akhir sekali masukkan parutan mangga muda dan di tumbuk ringan.Gaul hingga rata.



Sambal Pauh ini sedap dimakan dengan ulam-ulaman seperti pucuk gajus,kacang botol,daun tenggek burung dan timun.Jika nakkan power lagi boleh juga makan dengan petai,jering atau kerdas tapi hati hati ya hikhik.Selamat menjamu selera ya:)


."I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .

13 comments:

  1. Kecur air liur tengok sambal pauh CK ni... :D

    ReplyDelete
  2. Aisay! Terliur, kat sini ada pitis pun tak guna. Kena sendiri bikin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...apa boleh buat Ph :)Jom kita tumbuk sambal sendiri

      Delete
  3. sedap tu kak nah... terliur dibuatnya.. kalau dpt lauk ni mesti selera je mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tak ada selera nak makan nasi ,knah selalu buat sambal mangga ni..baru laju berpeluh peluh makan .

      Delete
  4. Replies
    1. Wslam D..alhamdulillah.D apa khabar?

      Delete
  5. salam akak, sedapnya sambal ni, tapi kak kalau tambah ikan kering bakar yg ditumbuk sama lagi sedap, masam, manis ,masin gitu, sekadar berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..ya btol btol..hampir terlupa.Mak Cm pernah letak ikan kering tamban..fuh..pengsan hehe

      Delete
  6. Oh Diana suka sangat kalau ada campur mangga. Diana takde dekat Semenanjung ada di Negeri Bawah Bayu dengan Abby je. Jadi tiada internet connection sangat.

    ReplyDelete
  7. My mouth immediately watering once I saw the lime on it. haha.... And felt hungrier when you mentioned kerabu. haha....
    Hope you're having a lovely evening, CM.
    Kristy

    ReplyDelete