LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, January 24, 2013

Roti Dam

Salam dan selamat sejahtera.

Roti ini Cm masak semalam tetapi ada kesilapan sikit semasa menimbang bahan-bahannya jadi permukaan roti agak menggerutu terutama doh yang coklat,.rasa roti coklat tu lebih kepada rasa kek.Tapi semuanya dah selamat...habis dah...

Oh ya terima kasih Ayin kerana berkongsi resipi ini.Insyallah Cm akan buat sekali lagi dengan resipi ini.Lain kali  mesti berhati hati semasa menyediakan bahan-bahannya dan juga masa proses menguli agar memperolehi hasil yang cantik & lumayan :)

Bahan-bahannya:

Doh Coklat.

250 gm tepung roti.
30 gm serbuk koko.
50 gm gula halus.
1 1/2 tsp yis segera.
100 -150 mi susu segar.
50 gm butter,
1/2 tsp garam.

Doh Roti Biasa.

250 gm tepung roti.
1 tbsp tepung susu.
50 gm gula halus.
1 1/2 tsp yis segera.
2 biji kuning telur.
50 gm butter.
100 - 150 ml susu segar.
1 /2 tsp garam.

Cara-caranya:

Doh Coklat.


  • Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk pengadun kecuali butter dan garam.Uli sehingga separuh kalis/kenyal  oh ya semasa memasukkan cecair iaitu susu segar,tuangkan 100ml dahulu   kemudian lihat keadaan doh jika masih  keras tambahkan susu sedikit demi sedikit.Jika lembut tak perlulah dihabiskan sehingga 150 ml susu segar tu ya.
  • Masukkan butter dan garam dan uli sehingga elastik.
  • Masukkan doh kedalam bekas yang sesuai dan tutup dengan cling wrap Simpan sekejap  dalam peti sejuk.
  • Untuk Doh biasa lakukan seperti doh coklat.Tetapi jangan disimpan dalam peti sejuk ya.
  • Apabila doh roti biasa sudah siap (tutup dengan cling wrap) baru keluarkan doh coklat dari peti sejuk.Biarkan kedua-dua doh dalam suhu bilik selama satu jam.
  • Timbangkan doh seberat 50 gm dan bulat bulatkan hingga selesai.
  • Sapukan loyang dengan butter dan aturkan bebola doh roti sperti dalam gambar di atas.
  • Sapukan dengan bancuhan telur dan susu di permukaannya.
  • Perap sehingga doh naik dua kali ganda saiz asal.
  • Bakar hingga masak dengan suhu 180 darjah celcius bergantung pada  jenis ketuhar yang ada guna.
  • Sebaik roti masak dan dikeluarkan dari ketuhar terus sapu dengan sedikit butter agar roti nampak berkilat.
Salam Maulidur Rasul buat muslimin dan muslimat sekelian.Perbanyakkan salawat dan salam keatas Baginda Rasulullah saw.Semoga kita memperolehi syafaat darinya.Insyallah.

7 comments:

  1. Aslmkum CM
    roti dam....sgt menarik rupa roti ni...sekali bakar 2 jenis roti siap...kreatif...

    ReplyDelete
  2. Asslmkum CM
    Cantikkk tu. Sue nak yg colour coklat tu tau. Heee

    ReplyDelete
  3. alaaa kak nah melepas ilah tak merasa roti kak nah.. kalu singgah boleh rasa semalam...hehe

    ReplyDelete
  4. Salam cik manggis...nk tumpangmain dam boleh? hehehehe

    ReplyDelete
  5. Salam CM... saya tak pernah buat roti sendiri.. takut tak jadi.. tapi satu hari nak cuba juga :D

    ReplyDelete
  6. cantiknyer kak roti ni.... suka tengok... menarik kan.. ada 2 perasa boleh pilih...

    ReplyDelete
  7. Howdy CM ! Hope you're well. Super love your checker board mini buns. They look simply tempting. thanks for sharing & hope you're having a lovely evening.
    Kristy

    ReplyDelete