Semalam semasa menonton rancangan Chef At Home ,Chef Michael Smith tunjukkan cara-cara nak buat homemade pasta...wah mudahnya..main campak-campak je.....jadi pagi ni Cm cuba ingat-ingat balik resipinya........oleh kerana kandungan telur yang agak banyak jadi Cm namakan Mee telur..pstt pandai pandai tukar nama ..Michael Smith tak perasan pun hikhik..
Bahan-bahannya:
4 cawan tepung gandum.
6 biji telur grade C.
2-3 tbsp minyak zaitun.
Sedikit garam.
Cara-caranya:
- Satukan semua bahan-bahan ke atas papan pencanai.gaul hingga sebati.Jika agak lembik tambahkan sedikit tepung agar doh agak-agak keras/kental.Uli sehingga betul-betul sebati.
- Bentukkan menjadi sebiji bebola dan balut dengan cling wrap selama 10-15 minit.
- Kemudian potong menjadi beberapa potongan agar senang untuk di mesin nanti.
- Gelek dan tabur tepung kemudian lipat dan gelek sekali lagi.
- Masukkan ke dalam mesen pasta no 5,gelek hingga nipis.
- Tukar ke bahagian corak pasta dan mesin doh hingga selesai.
- Sementara kerja kerja menggelek selesai bolehlah sidai mee seperti gambar yang Cm tunjukkan di atas.Guna lah kreativiti masing masing:)..Sidai pada hanger pun boleh :)
- Akhir sekali panaskan air di dalam periuk.Masukkan sedikit minyak masak.Biarkan mendidih.Masukkan mee berperingkat-peringkat selama 2-3 minit.(celur) kemudian toskan dan gaul dengan sedikit minyak masak.(Jika nampak mee terlebih tebal bolehlah di tarik-tarik perlahan lahan sebelum dicelur)
Alhamdulillah mee yang Cm buat kali ini lebih kenyal berbanding dengan yang sebelum ini yang agak lembut dan cepat putus bila di tarik.
Alhamdulillah.Inilah hasilnya.Selamat mencuba ya :)
Best nya CM.. buat mee sendiri... nak cubalah tapi mesin nye tak de huhuhu :`(
ReplyDeleteAsslmkum
ReplyDeleteSue pun suka tgk Chef at home tu jg..Tengok resepinya senang ja. Thank's kak share kat sini..:)
sedapnya kak.. terliur dibuatnya bila tengok hasil yg dah siap dimasak tu.. entah bila dpt beli mesin pasta tu.. padahal bknnya mahal sgt.. tp tulah.. memikirkan dapur yg sempit tu.. nak beli apa2 pun kena fikir panjang.. hehe..
ReplyDeletewow..so perfect....pandainya...heheh ..frst time here..hapi to follow u..hapi if u follow me balik...
ReplyDeletehttp://subhieskitchen.blogspot.co.uk/
Wah...rajinnya cik manggis...nampak simple kan bahan2nya..tapi kena cari mesin mee tu dulu entah kat mana akak simpan ye...
ReplyDeleteBanyak telurnya ye CM... Amie pernah buat tapu guna sebiji telur je, jadi tak sekuning dan cantik macam CM buat ni..
ReplyDeleteSyok buat pasta sendiri ni kan.
ReplyDeleteRancangan peserta MasterChef Australia suka buat pasta sendiri.
Besnya ...nak kena buat ni, dah terliur..tq perkongsian ya.m
ReplyDelete