LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, November 20, 2012

Nugget Ayam ......Homemade....

Bahan-bahannya:

A
350 gm isi ayam -cincang.
1 biji telur.
1/3 cawan serbuk roti.
3 tbsp tepung serba guna.(sudah ada perisa)
1/2 tsp serbuk lada hitam.
2 ulas bawang putih-tumbuk halus.
1 tsp gula.
1 ketul kiub ayam -optional.

B
Untuk salut:

2 biji telur-pukul sikit dengan garfu.
Tepung serbaguna secukupnya.
Serbuk roti secukupnya.

Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:

  • Satukan bahan-bahan A kedalam mangkuk yang sesuai dan gaul hingga sebati agar  menjadi doh yang lembut.
  • Bentukkan bulat-bulat  mengikut saiz yang dikehendaki.Tekan/ leperkan.Golekkan kedalam tepung serbaguna.
  • Kemudian celupkan kedalam telur.
  • Akhir sekali salutkan dengan serbuk roti hingga sekata.Lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  • Tak perlu sejukkan dalam peti sejuk,boleh terus goreng hingga warna perang keemasan atau sehingga masak.


Nugget ayam ni menjadi kesukaan kanak-kanak.Tentunya kita inginkan makanan yang terbaik untuk anak-anak kita jadi mari kita buat sendiri...membuat  nugget ayam  sungguh mudah.Ambil isi  bahagian dada dan kisar.Tiada pengawit,lemak atau kulit ayam seperti Nugget  segera di jual dipasaraya.Masak dengan penuh kasih sayang.....
Oh ya jika ada masa terluang mari kita baca dan renung-renungkan DISINI.

7 comments:

  1. Salam cikmanggis,
    menarik & simple . mmg kena cuba sbb anak2 mmg suka sangat nih...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikmanggis.. anak2 akak pun suka sangat makan nugget ini.. betul kata cikmanggis buat sendiri baik utk kesihatan sekeluarga :D

    Akak copy resepi ye :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cm...terima kasih kongsi recepi...makanan kegemaran anak2 hehehe...

      Delete
  3. ini memang sihat buat di rumah..boleh makan banyak-banyak..

    ReplyDelete
  4. Hero-hero Diana mesti suka ni.
    Bulan depan baru dapat bertemu anak-anak lelaki.

    ReplyDelete
  5. Mesti sedap dan lembut ni... tak macam yang readymade punya tu kan...

    ReplyDelete
  6. Yg penting fresh dari dapor cm untuk famili

    ReplyDelete