LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, July 2, 2012

Puyuh Goreng Berempah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Puyuh masak sup menjadi kegemaran suami Cm tetapi anak-anak pula  terutama Si adik tak suka.Bila nampak paha burung puyuh dalam sup dia akan buat muka semacam.Katanya ngeri nak makan kerana teringat macam-macam.Jadi hari ini Cm goreng pulak puyuh tu.Harap-harap dia suka.Beginilah ibu...akan cuba sedaya upaya memasak agar kena dengan selera anak-anak.Jika mereka berselera makan masakan kita ..puas rasanya.

Bahan-bahannya:

10 ekor burung puyuh.

3 ulas bawang putih.
6 tangkai cili kering.
1 tbsp biji ketumbar.
3 batang serai.
3 cm  lengkuas.
3 cm halia.
1/2 biji kelapa parut.
1/2 tsp jintan manis.
Garam secukup rasa.
Gula secukup rasa.
1/2 tsp jintan putih.
1/2 tsp serbuk kunyit.
Cara-caranya:

Bawang putih,cili kering,halia,lengkuas,jintan manis,jintan putih ,ketumbar dan kunyit dikisar halus.Satukan semua bahan-bahan di dalam periuk dan masukkan sedikit air.Rebus puyuh sehingga masak.Toskan airnya.

Panaskan minyak dan goreng puyuh hingga ranggup & garing.Akhir sekali goreng bahan-bahan perap hingga garing.Toskan minyaknya dan tabur atas puyuh yang di goreng tadi.Sedap dimakan ketika masih panas dengan nasi putih.

*****Nota tambahan..Cm baru makan puyuh goreng ni.rasa ok tetapi agak liat.Cm nak syorkan agar jangan rebus puyuh tu,lebih baik jika di perap saja beberapa jam kemudian baru di goreng.

16 comments:

  1. CM, makan tak diorang burung puyuh tu? Sy & anak memang suka sgt burung puyuh goreng berempah ni, sedap, rangup!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak Bongsu Cm tak mahu makan Puyuh Goreng ni.Katanya tak sanggup hehe.Kami orang dewasa yang makan.Tapi puyuh ni agak liat sikit.Rasanya sedap tapi keras.Agakknya puyuh pencen

      Delete
  2. salam makcik...fingers licking good puyuh goreng tu :)

    ReplyDelete
  3. Aslmkum CM.
    Duk KL ni jarangggg sgt dapat mkn burung puyuh ni. Tp teringat dulu kecik2..Abah sue selalu pi cari burung ni. So, memang kerap la kami makan daging burung puyuh ni.
    Kalau makan, x cukup seko ni sbb daging dia sikit ja..Hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini puyuh frozen..susah nak dapat puyuh fresh...puyuh yang kita tangkap kat kampung tu saiznya sangat kecil...puyuh hidup bebas.Betul-betul organik:)

      Delete
  4. Dulu suami yang ajar makan puyuh goreng masa duduk kat Johor dulu. Terliur tengok...hehehe...
    Harap Aqeel tambah banyak berat minggu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika pertama kali makan agak sukar nak telan tetapi jika dah biasa memang sedap:)

      Terima kasih kerana doakan untuk Aqeel...Tumpang gembira sebab Rayyan cepat sihat dan kembali aktif:)

      Delete
  5. Dulu masak kecik-kecik abah ada bela puyuh... Maka selalulah kenduri puyuh... Ehee... Lama tak makan... Nampak sedap sangat dengan serdak2 rempah tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sedap jika puyuh bela sendiri..jika beli kat kedai tak berapa fresh..frozen.

      Delete
  6. Asslm CM...sedapnya puyuh goreng berempah...nmpk crunchy sgt tu

    ReplyDelete
  7. Puyuh goreng....never had this before except for the eggs. Looks so crispy and yumm!

    Thanks for joining my GA dear sis...Good luck! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try love..exotic:)

      Hehe harap-harap bertuah :)

      Delete
  8. salam rindu kak..... maryam wat apa tuhh? darwish kim salam.. hihihi.... pestaim anak2 aritu makan puyuh nih.. depa jakun sungguh... kata kesian burung tuh kecik jerk nape kiter makan.. hahahaha...

    nmpk n3 bronis kat atas tuh, tp kok tak nmpk gambanya.. opah tgh tulis kot..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.Nak buat besan takut Along Roz marah hehehe..Maryam kat Penang.Isnin ni datang rumah opah....tadikan,,opah tersalah tekan..org tua mata tak berapa jelas kihkih.

      Delete