LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, May 11, 2012

Peria Goreng Bertepung.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Bila sebut peria,anak -anak buat muka tak suka,mungkin kerana rasa peria yang agak pahit tetapi apabila Cm goreng peria dengan tepung,si adik yang benci  sayur  pun suka.Biasanya  Cm hanya taburkan tepung dan sedikit rempah kari tetapi kali ini Cm guna tepung ala  Kfc yang di hasilkan oleh Tokcik.Alhamdulillah Cm dan suami sangat menyukai rasanya.Terima kasih Tokcik.Pada peminat sayur peria,Cm sarankan agar mencuba resepi ini.Anda pasti tak kan kecewa...kalah peria kat kedai Mamak tu:)

Bahan-bahannya:

1 biji peria yang sederhana besarnya.
1 tbsp tepung gandum.
2 tbsp tepung beras.
2b tbsp tepung jagung.
2 tbsp tepung ubi.
1 tbsp serbuk kari daging.
1 tbsp serbuk cili.( Cm tak letak)
1/2 tbsp garam.




Cara-caranya:


  • Potong hujung buah peria dan korek keluarkan bijinya.
  • Potong nipis dan bulat-bulat.
  • Cuci bersih dan toskan.(Jangan terlalu kering airnya)
  • Satukan semua jenis tepung,garam dan serbuk kari di atas dan gaul hingga rata./sebati.
  • Masukkan potongan peria kedalam mangkuk tepung dan gaul hingga sekata.Tepung akan melekat dengan cantik pada peria yang masih lembab.
  • Panaskan minyak dan goreng peria dengan minyak yang  banyak.
  • Apabila warna peria kuning keemasan.Toskan dengan tisu dapur.
  • Siap untuk dimakan bersama nasi panas....selamat mencuba resepi yang mudah ini.


7 comments:

  1. salam kak CM.. dulu kt cafe uni tun ada jual peria celup tepung niih.. tun mmg xmakan lgsg peria, tp bila dh celup tepung kepci ni, mmg lajuuu laa masuk mulut nyer ^^

    ReplyDelete
  2. salam rindu cikmanggis..pekabo?? wah kita x pernah berani makan peria sbb takut pahit hehe! tp arwah nenek dulu mmg suker msk peria hampir tiap hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah ni pun hanya saya dan hubby yang makan peria,yang lain dengar nama dah takut.

      Delete
  3. asslm CM...nmpk sedap tu...mesti rangup ni...tp syg QH xsuka peria...hehehe

    ReplyDelete
  4. assalam kak CM..
    sy suka je sayur peria.. suami yg tak suka peria pun dah jd suka jugak bila sy 'ajar' dia mkn sayur ni.. hehe.. tp dlm byk2 menu peria... goreng deep fry gini belum dicuba lagi.. memang dah selalu jugak nampak kawan2 lain buat.. insyaAllah nak cuba juga nnt...

    ReplyDelete
  5. Salam,selalunye kita makan peria goreng tepung kat kedai Mamak je..tapi kali ni bole try la resepi awak ni..menawan..

    ReplyDelete
  6. Ni idea baik nak train budak-budak dalam rumah ni makan sayur peria :).

    ReplyDelete