LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, May 2, 2012

Cinnamon Sugar Roll Pull Apart Bread.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bau harum serbuk kulit  kayu manis yang Cm tabur di permukaan roti Pull Apart ni memang membangkitkan selera.Seluruh dapur dan rumah bau harum sekali.Sebenarnya sudah lama Cm salin dan simpan resepinya sehingga Cm lupa dari mana sumber asalnya..Insyallah jika dapat Cm cari tuan asalnya akan Cm Link kan.Mohon maaf ya....dan terima kasih atas resepi yang sungguh sedap sekali.

Bahan-bahan untuk doh roti:

2 3/4 cawan tepung gandum.
2 biji telur.
2 tbsp tepung jagung.
2 1/2 tsp yis.
3/4 tsp garam.
1/3 cawan susu segar.
1/4 cawan butter.
1/4 cawan gula.
1/4 cawan air.
1 tsp esen vanilla.

Intinya:

2/3 cawan gula perang.
2 tbsp serbuk kulit kayu manis.
1 tsp tepung jagung.
1/4 cawan melted butter.
(Satukan semua bahan-bahan diatas hingga sebati)

Bahan-bahan sapuan:

1/2 cawan gula halus.

1/2 tsp esen vanilla.
Sedikit air panas.
(Satukan esen vanilla dan sedikit air panas)

Cara-caranya:


  • Didihkan susu.Masukkan butter hingga cair dan sebati.masukkan air dan ketepikan agar suam.
  • Masukkan bahan-bahan cair ke dalam mangkuk pengadun termasuk telur.
  • Kacau rata baru masukkan tepung gandum,yis,gula,tepung jagung dan garam. .
  • Uli sehingga menjadi doh yang kenyal dan elastik.
  • Rehatkan dogh sekejap,lebih kurang 15 minit.
  • Gelek sehingga nipis.
  • Sapukan Intinya sehingga sekata di permukaannya.
  • Gulung memanjang.
  • Potong bulat dan gelek biar leper.



  • Sususn seperti gambar diatas.


  • Masukkan kedalam dulang pembakar yang disapu dengan sedikit butter.
  • Sapukan dengan bahan sapuan.
  • Taburkan dengan gula halus dan jika suka taburkan dengan serbuk kulit kayu manis.




  • Biarkan doh naik hingga double dari saiz asal.
  • Bakar hingga masak atau warna perang keemasan.

Sedap dimakan ketika roti masih panas dengan secawan teh tanpa gula...selamat minum petang semua:)

12 comments:

  1. Salam makcik! kita tgh cuti menguli ni hihihi.. budak2 dah naik sekolah kesedapan pulak tgn2 kita berehat, kdg teringin nk makan tp dek kerana malas nak menguli buat2 tak nmpk ajerr menu2 roti yg blogger2 tyg :D

    ReplyDelete
  2. wah2..cik manggis kita..meroti je ye...sedap tu..aci tak tarik 1 slice... =)

    ReplyDelete
  3. kak CM!.. all time feveret cinnamon roll nih.. rasa2nya pernah nmpk kat dapur kak paty resepi nih.

    ReplyDelete
  4. salam CM
    cantiknya..terliur pulak tgok:)

    ReplyDelete
  5. Salam CM,
    Wahhh...sama la menu minum petang kita, tapi sy buat cinnamon rolls ajer takde pull apart bagai:D

    ReplyDelete
  6. Wah terliur-liur tengok ini memang sedap favourite. Boleh imagine betapa wanginya rumah CM masa bakar ni. Bestnya kalau dapat makan ni panas-panas dekat sini yang sejuk je cuaca.

    ReplyDelete
  7. Salam CM, berkira2 juga nak buat tapi belum berkesemtan lagi...memang nampak sedap...

    ReplyDelete
  8. saya suka tgk kak cm masak. sume nampak sedap (konpem la sedapkan ) . the pics describe thousand words. sume cm masak sume best2 lah. mmg nampak kak cm masak with your full hearted.

    ReplyDelete
  9. Good morning, CM! I can imagine the smell from your kitchen. This looks perfect for Monday morning breakfast. Totally lifted up my spirit. haha....
    Hope you're having a great week ahead, dear.
    Kristy

    ReplyDelete
  10. menyelerakan cikmanggis...makan petang dengan teh o best kan?

    ReplyDelete
  11. lena tak pernak buat roti ini tapi can imagine how nice and delicious this bread is! Looks wonderful!!

    ReplyDelete