LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, February 10, 2012

Ayam Masak Sambal Kicap.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bahan-bahannya:)

1/2 ekor ayam di potong kecil.
7 tangkai cili kering-potong buang biji dan rebus sekejap-toskan.
10 ulas bawang merah.
1 labu bawang besar.-potong bulat.
2 ulas bawang putih.
1 inci halia.
3 tbsp kicap manis.
Sedikit garam.

Perap:
Garam.
Serbuk kunyit.

Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:)


  • Ayam diperap bersama serbuk kunyit dan sedikit garam selama 10-15 minit.
  • Kisar cili kering,bawang merah,bawang putih dan halia hingga hancur.
  • Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga kuning.
  • Toskan ayam .
  • Ambil sedikit minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan ayam dan gaul rata kemudian masukkan kicap dan sedikit garam.
  • Jika terlalu kering masukkan sedikit air.Biarkan mendidih sekejap dan kuahnya pekat.
  • Akhir sekali masukkan potongan bawang besar.
  • Siap !Sedap di makan bersama nasi putih.



Selamat menjamu selera:)

3 comments:

  1. salam cm. Bagi kpah yang memang selalu kena masak ayam, tenkiu kerana resepi cm bagi ni. Budak2 kat rumah ni memang asek ayam.. ayam.. ayam.. Bolehlah kpah pelbagaikan cara memasaknya. Nanti kpah cuba.

    ReplyDelete
  2. nampak sedap...pas ni nak try. thanks

    best,
    honeybee
    http://healthybeautifulblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. good idea la cik manggis...asyik ayam masak kicap je kan. thanks ya.


    zah
    nurzariff.blogspot.com

    ReplyDelete