LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, January 27, 2012

Kek Keju Markisa



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Semalam kami petik buah Markisa dari pokok yang kami tanam di tepi rumah.Alhamdulillah dapat rasa hasil kebun yang "sekangkang Kera" tu.ada kira kira 15 biji semuanya.Suami Cm orang yang paling seronok apabila melihat buah Markisa tu kerana beliau menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.Hari hari di siramnya .Cm dah lama "letak" jawatan kerana masalah sakit lutut yang berterusan sehingga sukar untuk melakukan aktiviti berkebun apatah lagi untuk berjoging seperti biasa.Sedih  tapi kena terima hakikat yang Cm kena ucapkan selamat tinggal pada semua itu:(


Bahan-bahannya:

400 gm biskut  digestive(original).
200 gm melted butter,
1/2 cawan gula halus.
3 biji telur.
500 gm cream cheese.
1 tbsp gelatin bancuh dengan 2 tbsp air panas.
210 gm sour cream.
1/2 cawan buah markisa.



Cara-caranya:


  • Masukkan biskut kedalam plastik dan gelek dengan rolling pin sehingga hancur.
  • Masukkan kedalam mangkuk dan tuangkan melted butter.Gaul hingga sebati.
  • Tuangkan kedalam loyang spring form dan ratakan dibahagian bawah dan keliling bahagian tepi loyang.Tekan-tekankan agar melekat di tepi loyang.Masukkan loyang kedalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit.
  • Sementara menunggu adunan biskut mengeras pukul cream cheese sehingga kembang.Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis.Pukul hingga gebu.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga kembang.
  • Masukkan sour cream & gelatin dan pukul lagi hingga sebati.Pastikan tiada ketulan.
  • Akhir sekali masukkan buah markisa dan gaul hingga rata.
  • Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tuangkan adunan Cheese kedalam loyang.
  • Bakar hingga masak(Suhu 180 darjah celcius)Jangan lupa letakkan semangkuk air panas mendidih dirak paling bawah oven.
  • Apabila kek telah masak matikan oven dan buka pintu oven dan biarkan kek sejuk didalam oven.
  • Masukkan kek kedalam peti sejuk selama 5 jam atau lebih baru di potong dan dihidangkan.





7 comments:

  1. as-salam
    menarik dan npk sedap resepi ni..nak kena cari buah markisa dulu..tak tahu kat kota singa ni ada buah markisa tak...

    ReplyDelete
  2. salam cik manggis..
    dah lama x mkn ciskek..dan x penah makan buah markisa...
    anyway ciskek CM tu nampak menjadi je...potong pon cantik je..

    ReplyDelete
  3. Salam cm...tentu sedap rasanya, buah tanam sendiri.

    ReplyDelete
  4. lena sangat suka makan passionfruit cheesecake, kalau nak makan pun kena buat sendiri kerana di sini susah nak dapat cheesecake macam ini.

    ReplyDelete
  5. Salam CM,
    Saya doakan sakit lutut CM makin baik setiap hari. Harap2 one day CM masih dapat jogging dan buat aktiviti kegemaran semula.

    Buah markisa ni saya suka sangat. Disini mahalnya, nanti kalau teringin boleh kot beli sebiji. Saya suka minum teh markisa atau jus markisa. Cheesecake gini lagi best ni.

    CM take care ye.

    Ijan

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Saya ingin memohon kebenaran exchange link bersama blog sdri. Blog saya adalah mengenai f&b di Kedah di http://sbarakbah.blogspot.com

    Link ke blog sdri sudah pun di update di blog saya.

    Terimakasih, Wassalam

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni pun suami saya yang menyiram pokok-pokok kat luar tu. Resepi ni kena bookmark ni:). Wah 15 biji banyak juga hasil tu.

    ReplyDelete