LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, November 25, 2011

Pavlova & Meringue Ghost

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Lunch kami hanyalah burger ayam Ramli dengan harga RM3.50 sebiji.Sedap dan murah.Pagi tadi Cm dan Liza ronda-ronda di Kedai Makcik,Bake With Yen dan Yummy.Bila dah penat singgah ke kedai Ramli Burger Bangi.Wah bagus sekali kedainya..bersih .Cm order 3 biji burger & sekotak susu..sebijik   untuk makan disitu kerana tak tahan perut dah mula berbunyi...sedap lain kali tak nak ke MC D dah..jimat hehe.
Selepas solat Zohor si adik minta Cm   buatkan Pavlova untuknya.Katanya dia nampak bua ceri dan stoberi dalam peti sejuk:)hehe dah pandai order!....Siap!pavlova yang sempoi sekali....

Bahan-bahannya:)

4 biji telur saiz A-asingkan kuningnya dan ambil  putihnya sahaja.
1 cawan superfine sugar.
1/2 tsp esen vanila.
1/2 tsp cuka putih.
1/2 tbsp tepung jagung.

Cara-caranya:

  • Pukul putih telur hingga kembang.Masukkan gula dan pukul lagi sehingga kental .
  • Masukkan tepung jagung ,cuka dan esen vanila.Pukul lagi sekejap.
  • Alaskan dulang dengan baking paper.Tuangkan adunan dan bakar hingga masak.
  • Bila sejuk sapukan krim keatasnya dan hias dengan hirisan buah-buahan yang anda suka,Siap:)
Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba sila lah KESINI untuk lihat resepi dan videonya.


Ada rupa seperti hantu tak?hehe sebenarnya Cm tak pernah jumpa hantu seumur hidup ini dan tak mahu berjumpa pun:).Untuk menggembirakan hati si adik yang kena perintah "berkurung " hari ini Cm buatkannya Meringue Ghost.Wah bukan main sukanya dia.Katanya ada rupa Ghost yang terbang dalam cerita kartun kat tv tu hehe.

Bahan-bahannya:)

  • 4 biji telur grade A-asingkan-ambil putih telur sahaja.
  • 1 cawan gula halus.
  • 1/2 tsp esen vanila.
  • 1/2 tsp cream of tartar.
  • Coklat Chips untuk mata
Cara-caranya:)

  • Pukul telur putih hingga naik.
  • Masukkan cream of tartar dan esen vanila dan pukul lagi.
  • Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental.
  • Masukkan adunan dalam pipping beg .Picit ke atas dulang yang dialas dengan baking paper.
  • Letakkan matanya seperti gambar diatas.
  • Bakar hingga masak.
Sila ke SINI untuk melihat dengan lebih jelas cara-caranya.

12 comments:

  1. salam CIk manggis - kreatif la menarik..:)

    ReplyDelete
  2. hehehehe kelakar ler adik.tapikan mmg macam ghostbuster ler kak hehehe

    ReplyDelete
  3. Wah rindunya nak makan burger Ramli. Saya pertama kali makan pavlova kat sini.

    ReplyDelete
  4. salam cm..ketawa sorang2 saya baca citer cm ni..adik nk pavlova hantu ye..kikkikk..mmg betul mcm hatu..pandai cm mendeko nya..

    ReplyDelete
  5. Salam KakCM. Nice nice nice! Boleh buat utk Halloween gift!

    ReplyDelete
  6. Salam cm...saya pun tak pernah nampak hantu tapi kalau macam tu rupa hantu taklah buruk dan menakutkan hehehe....

    ReplyDelete
  7. salam..
    ermmm..tu dia..
    resepi ala omputeh nih?
    yum yum..sedap je..
    :)

    ReplyDelete
  8. makan itu si hantu kecil di sini bolehlah..nampak hantu? touch wood!!

    ReplyDelete
  9. hehe..kreatifnye CM. comel pulak hantunya. kalau macam ni hantu, saya tak takut.hehehe
    Ijan

    ReplyDelete
  10. salam kak cm cyg..
    wah pavlova dah menular ke dapo kak ..ilah masih dlm senari menunggu..huhuu..antuuu??/ ilah dengar kat ceramah masjid keramat tahun lepas..ustaz tu kata kalu kita kata kita nmpk mende alah tu kita kena mengucap semula..seakan gugur syahadah katanya... entah la kak.. ilah pun tak pernah nmpak antuuu hehehe...kwn kat blok ni selalu dia terjumpa waktu subuh...ilah selalu jengah juga ke bawah nun..tak nmpak pun huhuuu... pernah ilah ronda jam 3.4 pagi kat bawah dgn anak dara ada kes calar keta tahun lepas pun tak nah jumpa ...katanya antu raya huhuu....eeeee....

    ReplyDelete
  11. kalau tak leta cream of tartar tu boleh ke?

    ReplyDelete