LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, October 30, 2011

Sayur Maman Masak Lemak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Inilah pertama kali Cm makan masak lemak sayur Maman atau nama Botaninya  Capparaceae Gynandra. .Sebelum ini Cm hanya tahu makan Maman jeruk je,bila jumpa resepi masak lemak Maman tertanya tanya pada diri sendiri..sedap ke? Pagi tadi Cm ke pasar tani Bandar Baru Bangi dan nampak ada orang jual sayur Maman.Ingatkan murah rupanya 4 rm hanya seciput je bila dah masak lagi kecut hanya tinggal sejemput hehe..Tak sangka sayur yang Cm tak pandang pun sebelum ini rupanya mahal harganya.
Inilah rupanya sayur maman yang mentah.Kena cuci betul-betul kerana ada terdapat pasir pada celah celah daunnya.Terima kasih pada Dapur McBurn kerana banyak info tentang sayur maman ni.

Bahan-bahanya:

1 ikat sayur maman(4rm harganya)
50 gm ikan bilis
2 cawan santan kelapa dari 1/2 biji kelapa parut.(jika suka pekat boleh tambah)
1 inci kunyit hidup.
4 ulas bawang merah.
1/2 keping asam gelugur.
4 biji cili api(jika suka pedas boleh tambah)
Garam secukup rasa.
Cara-caranya:

  • Tumbuk bawang merah,cili api dan kunyit hidup hingga lumat.
  • Tuangkan santan kedalam periuk dan masukkan bahan-bahan tumbuk tadi.
  • Masukkan ikan bilis,asam keping dan sayur maman serta garam.Biarkan mendidih sekejap.
  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.Untuk lebih "power" sedap dimakan jika ada sambal belacan dan ikan masin...boleh pengsan hehe.
Komen:Sungguh sedap sungguh exotik sekali rasanya...tak percaya boleh cuba:)

18 comments:

  1. CM...saya pun suka maman masak lemak neh...tapi selalu buat guna yang jeruk punya...sedapp..campur daging salai...jeruk tuh mak buat sndiri sbb ayah saya tanam maman neh

    ReplyDelete
  2. wah kak cm! memang mabeles lah ini gulai..memang terkedu nengok gulai maman akak ni hari ni..ada pulak jeruk ikan masin..perghhhhh..dah..dah..nak balik dulu lah...dah terleleh air liur cam cucu akak pulak dah ni hah!kuikuikui

    ReplyDelete
  3. salam kekanda kusss
    tu laaa selalu ilah makan jeruk arwah nenek selalu buat masa di kedah dulu2
    lain kali nak cuba masak lomak pula ...
    huhu sayu nyer teringat arwah nenek munah..
    ilah nantikan n3 gmbr2 kita emmmm

    ReplyDelete
  4. Salam Kak CM. Along tak pernah tau pun ttg daun ni.... tingin lak nak rasa. Senang ke nak dapat kat pasar? Nanti kalau balik Semenanjung boleh ler Along cari...

    ReplyDelete
  5. tgk sayur mamam CM ni teringat masa pegi piknik kt Penyabong, Endau dulu. Kami singgah pasar Rompin & nampak mamam terus ma beli. Kat sana murah je.. hehe. Sampai pantai org lelaki pasang khemah, kami lak tukang masak. antara lauknya... itulah dia.. lemak maman..hehe.. masa tu sy pn baru 1st time jugak rasa. sealu mkn jeruknya aje,,

    ReplyDelete
  6. Wahhh..sungguh menyelerakan sayur tu..sedapnya sayur maman...buat jerukpun walla! Selalunya 'terserempak' je ngan cik manggis kt blog blogger2 lain...ari ni sempat nyinggah sini...sedap2nya makanan kt sini...salam ukhwah dr saya:)

    ReplyDelete
  7. Salam makcik... simple tapi sedap! Waktu di KL pasti akan menberitahui makcik :)

    ReplyDelete
  8. Di kampung dulu mak dan nenek suka tanam maman ni. selalu buat jeruk je, macam CM jugak, kite pun tak pernah makan masak lemak gini. nampak sedap la pulak. :)

    ReplyDelete
  9. Mak Qis..eh Cm tak tahu yang jeruk maman boleh masak lemak.Kena cuba ni.Dapat bayangkan sedapnya ada rasa masin dan masam serta lemak.Kat mana nak cari benih maman ya. lemak.

    ReplyDelete
  10. anymz..orang Negeri mmg pandai makan maman kan?sedap rupanya bila masak lemak.Tak sangka.

    ReplyDelete
  11. ilahjy..akak pun terkenang arwah ayah yang suka tanam dan buat jeruk sendiri.Terbayang bayang wajahnya...hehe insyallah bila siap gambar-gambar tu nnt akak buat n3 khas ya:)

    ReplyDelete
  12. homekreation..kat Sarawak mungkin dorang panggil dengan nama lain kot.Sebenarnya sayur maman ni makanan org dulu dulu.sedap rasa nya unik sikit.

    ReplyDelete
  13. Madiha..orang belah pantai timur suka buat jeruk je maman ni.sedap bila masak gulai.ada orang masukkan maman dalam rendang ayam.nak juga cuba jika ada resepinya.

    ReplyDelete
  14. Chah..selamat berkenalan :)nama Chah ni sama dengan nama anak Makcik manggis:)

    ReplyDelete
  15. 3 hungry tummies..jangan lupa emel makcik bila tiba di kl..ok makcik dah letak logo muhibbah Malaysian monday untuk 2 menu pada kali ini.T.kasih

    ReplyDelete
  16. Ijan..org ganu dan Kelantan mmg makan Jeruk je.Masak lemak ni satu resepi baru bagi Cm.Sedap jugak nnt nak bgtau org kg hehe

    ReplyDelete
  17. This kind of vegetables you don't often see them at the market. I'm also not sure what is the name for this but hubby sure like it.
    Kristy

    ReplyDelete