LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, August 7, 2011

Nasi Mandhi...Ayam pun Mandhi:) dan Sos.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera......


Alhamdulillah dah seminggu kita berpuasa terasa masa begitu pantas berlalu.Semalam Cm masak nasi Mandhi  .Resepinya Cm ambil dari dapur Ika Bangkok.Anak-anak kata sedap.Menantu kata sedap macam kedai Arab kat Manchester ....... berani tak puji hihi...Tapi memang sedap.Cara masak nasi  tu Cm ubah suai sikit dengan cara Cm..Terima kasih Ika dan Nor Ganu tuan asal resepi tu:) ..maaf lah sebab "derhaka" sikit pada cara memasak nasi tu:).......

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam di belah 4.
1 sudu kecil serbuk kunyit.
1/2 sudu kecik serbuk ketumbar.
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis.
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam.
1 sudu kecil serbuk rempah campuran.
2 sudu besar madu.
Garam.
Sedikit pewarna kuning atau saffron.
2 biji bawang besar dipotong bulat.
2 biji buah lemon dipotong bulat.
Aluminium foil secukupnya.
Cara-caranya:

  • Perapkan ayam dengan bahan-bahan  diatas sehingga rata.
  • Kemudian alaskan dulang  pembakar dengan aluminium foil.Aturkan potongan bawang dan lemon diatasnya.Kemudian masukkan ayam.Tutup dengan aluminium foil.
  • Bakar ayam selama 1 jam dengan suhu 250'c atau sehingga ayam masak.
  • Apabila ayam hampir masak keluarkan air ayam(semasa proses membakar ayam tadi akan  mengeluarkan air) dan ketepikan.Kemudian. Buka sedikit aluminium foil dan bakar lagi sehingga ayam berwarna perang  dan agak kering.
Bahan-bahan untuk Nasi Mandhi.

4 cawan beras basmathi-rendam selama 20-30 minit.
3 sudu besar minyak sapi.
Air untuk merebus beras secukupnya.
1 labu bawang besar-cincang halus.
3 ulas bawang putih-mayang halus
1 inci halia-hiris halus
1/2 cawan kismis(suka banyak kismis)
Rempah tumis:1 batang kulit kayu manis,1 kuntum bunga lawang,5 kuntum buanga cengih dan 3 biji buah pelaga.
Sedikit pewarna kuning.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:

  • Panaskan 1 1/2  jug (agak-agak) air hingga mendidih masukkan 4 tbsp minyak masak ,sedikit pewarna kuning dan 1 tbsp garam kedalamnya.
  • Masukkan beras yang telah di toskan airnya.masak hingga beras kembang.Tapis.Ketepikan.
  • Panaskan minyak sapi dalam kuali.Masukkan rempah tumis dan bahan-bahan yang dihiris.Masak hingga wangi.
  • Kemudian masukkan beras rebus tadi dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan beras yang ditumis ni kedalam periuk nasi letrik.Tuangkan air  ayam tadi  dan masak nasi hingga masak....Insyallah hasilnya nasi sungguh lembut:)

Bahan-bahan untuk Sos.

1 biji buah tomato.
5 biji cili besar hijau.
Perahan jus lemon.
Garam dan gula secukup rasa.
3 tangkai batang ketumbar(Cm guna dengan akarnya sekali)

Cara-caranya:

Kisar semua bahan-bahan diatas hingga hancur.Rasalah masam ,manis dan masinnya agar seimbang.Memang sedap di cicah dengan Ayam mandhi ni.

Seperti biasa jika tak letakkan gambar maryam ni tak sah...Maryam dah nak balik petang ni..sempat "berpuasa" dua hari je dengan kami hehe ..bye Maryam....nanti ajak mami balik lagi ye :)



17 comments:

  1. sesiapa yang belum mandi tu, sila mandi segera hehe..
    menyelera sungguh tapi tengok maryam kat bawah tu lagi rasa nak gigit-gigit.

    cm, bulan puasa cam gini selalu teringat time berbuka kat dining hall.

    ReplyDelete
  2. Salam kak CM!! alololololo maryam tido yaaaaa... geram lah kak CM tgk maryam niii haish! kita lom mandi hihihi...

    ReplyDelete
  3. CM...cam janji je semalam sy pun buat nasi ni.. memang tergoda sungguh tgk nasi kat rumah ika tu kan...

    ReplyDelete
  4. Rice and chicken looks so inviting. Loved the rice colour...mmmm!!! :D

    Such an adorable Maryam...so cute!!!!
    Selamat Berpuasa to you and family dear ;)

    ReplyDelete
  5. kak CM, nor bukan tuan asal resipi ni. tuan asalnya raidah.. hehe

    comelnyer maryam.. wahh dah pakai gelang besor tu hehe

    ReplyDelete
  6. wahh.. kak CM pon dh bermandhi nasi! hehe.. tun xde stok lemon laa pulak.. nx week laa wat.

    ReplyDelete
  7. Kak CM,
    Maryam dah look like a boy pulak with her shorn hair...tapi still maintain her cuteness...geram I tengok...macam nak gigit-gigit dia...hehehe.I pun nak buat lar nasi mandhi ni eversince I tengok kat blog Ika tu.Macam mana nak kurus ni,Kak CM?

    ReplyDelete
  8. Wahh..nasik mandhi dah kat sini pula....Heeee....menyelerakan betul la...

    ReplyDelete
  9. amboiiii besaqnya jam tangan maryammmm..hadiah daripada Pak Usu Manchester ke? he he he

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum akak..
    mmg mengoda tgk set nasi tu... menyelerakan sungguh...

    ReplyDelete
  11. Salam cikmanggis,
    Selamat menyambut Ramadhan buat makcik sekeluarga semoga semuanya gembira dan mendapat rahmat Illahi, Amin Amin Amin.

    ReplyDelete
  12. Salam cik manggis.

    Dah lama teringin nak buat nasi tu.....

    ReplyDelete
  13. CM...sedapnyerrrrr... LAPAU!!

    ReplyDelete
  14. alamak aunty. bila nak ajak saya makan nih... dah berbakul-bakul amylase akibat blog aunty! :P

    ReplyDelete
  15. Tengok nasi mandhi cm rasa nak pergi restoren arab,nak makan nasi mandhi juga.

    Jelesss....

    ReplyDelete
  16. Maryam gunting rambut ya. Cepat je membesar. Wah sedapnya bile ada peluang nak makan ni...

    ReplyDelete
  17. cm..rempah campuran tu cam mana eh

    ReplyDelete