LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, June 20, 2011

Rojak / Pasembur


 Assalamualaikum dan selamat Sejahtera.


Petang tadi Cm ke dapur Kristy..saja jalan-jalan cuci mata melihat masakan kat dapur  beliau....asalnya Cm nak ambik resepi kek Opera tetapi ubah fikiran bila nampak Rojak mamak atau rojak India kat situ...Ayo..yo..yo..meleleh air liur Cm:).Kebetulan bahan-bahan semuanya ada dalam peti sejuk jadi apa lagi terus "bersilat" buat Rojak India atau Pasembur..dan hasilnya Alhamdulillah semua puji katanya lebih sedap dari kedai....satu kepuasan jika masakan yang dimasak mendapat pujian dan yang pentingnya licin..hingga menjilat jari.Terima kasih Kristy:)
Bahan-bahan untuk kuahnya:

150 gm keledek-rebus dan lenyek halus(Cm blend dgn sedikit air)
190 gm gula melaka jika suka manis boleh tambah lagi ya.
2 tbsp air asam jawa.
Garam secukup rasa.
2 cawan air
150 gm kacang tanah-panggang dan kisar(Cm tambah lebih kacang tanah dan kisar kasar)
Bahan-bahan Kisar:
3 ulas bawang putih.
8 ulas bawang merah.
Sedikit belacan
2 tbsp cili boh(Cm tak bubuh)
4 tangkai cili kering.

Cara-caranya:
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar diatas hingga naik baunya.
  • Masukkan semua bahan-bahan seperti keledek,kacang tanah,air,gula melaka,air asam jawa serta garam.Rasa manis,masin dan masam agar seimbang.masak hingga mendidih dan kuahnya pekat.
  • Siap untuk dihidangkan dengan hirisan timun,sengkuang, Tauge (celur) telur rebus, tauhu goreng,cucur udang dan cucur beras.
Cucur Beras dan Kelapa.

Bahan-bahannya:
1/2 cawan tepung beras.
1/2 cawan tepung gandum.
1/2 cawan kelapa parut.
2 ulas bawang merah-mayang halus
1/2 tsp soda bicarbonat
Sedikit garam/
Air secukupnya.(Agak-agak seperti buat cucur udang)Jangan terlalu kerasdan jangan terlalu lembik.

Cara-caranya:
Bancuh semua bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap.Kemudian goreng seperti buat cucur biasa,Goreng hingga garing.Siap:)




17 comments:

  1. Wah nampak sedap. Nanti nak cubalah...hehehe...kalau tak hujan bolehlah gali mencari ubinya.

    ReplyDelete
  2. Adus CM tak tertahan melihatnya!

    ReplyDelete
  3. assalam cm,
    memalam gini...kedai mamak manalah amie nak pergi...nak cari pasembor tu...adeeeehhhh

    ReplyDelete
  4. wahhhh!! leh cuba ni kak. macam senang je.

    ReplyDelete
  5. Emm...mmg sedap sekali sekali pekena rojak mamak ni..baru2 ni ida ada juga buat, tapi pakai potato..next time try pakai keledek pulak...emm sedapnyer CM

    ReplyDelete
  6. Malay kebun-kadazan girl..hari tu Cm nampak banyak ubi engkuang kat kebun Diana..boleh lah buat rojak ni.Jika hujan boleh pakai payung ya hehe

    ReplyDelete
  7. Amie..jika kat Setapak boleh ke Al Malik hehe

    ReplyDelete
  8. Yan..cuba la Yan..sonang aje ni:)

    ReplyDelete
  9. Ida Japan..ehhh orang jauh ni..jemput makan hehe.Jika guna keledek lebih manis kuahnya.

    ReplyDelete
  10. Makan pasembur kena ke Penang baru puas tapi kita ke Putrajaya ajelah.

    ReplyDelete
  11. salam..mmm CM..rajinnyer... terliurnyer.. sedapnyer.. nak join.. ppssttt masuk list.. cam ader jek barang kat umah he he he

    ReplyDelete
  12. CM...anak zana suka sgt rojak tapi dia mkn kuah dgn mee saja, lain2 tolak tepi...ibuayah yang abiskan...hehe...
    nanti nak cuba resipi ni pulak..

    ReplyDelete
  13. Eh wah... bukan main cepatnya CM buat! Harap2 semua member puas hati. haha... I've been craving for this a long time but can't really find a good mamak stall. Kuah dia orang macam campur dgn air. Langsung tak berasa! Kalau buat dekat rumah...bolehlah double the flavour dgn puas2. haha... Btw, thanks for mentioning me.
    Have a lovely day.
    Kristy

    ReplyDelete
  14. cedap nyer (sambil kesat ayaq liur).. tmbh2 tgh lapa ni.

    ReplyDelete
  15. Hai Dear

    This looks yummy....you have a lovely blog...Please check out my blog..It is for food lovers and person who love to cook..You could find so many recipes that you can easily try at home..I update this blog on a regular basis…So please follow me and motivate me..Thank you
    http://yummytummy-aarthi.blogspot.com

    Aarthi

    ReplyDelete
  16. Kak CM

    Berselera betul Yat tgk rojak/pasembur tu...

    ReplyDelete