Sudah beberapa kali Cm buat roti kaya roll ni tapi kali ini boleh tersilap tabur kelapa kering dulu baru paipkan kaya...apa yang Cm fikirkan ..entah la.....Sedap di makan ketika masih panas:)
Resepi Asal: RinnChan
Bahan-bahannya:
A
50 gm gula halus.
1/2 tsp garam halus.
1 biji telur.
200 ml air sejuk(dari peti ais)
20 gm serbuk santan.
3 tsp yis segera
Beberapa titis pandan paste.
B
350gm tepung roti.
1 tbsp susu tepung.
1 tsp bread improver.
C
30 gm butter.
Kaya secukupnya.
Kelapa kering secukupnya.
Cara-caranya:
- Satukan bahan-bahan B kedalam mangkuk pengadun dan tuang A perlahan-lahan.Uli dengan menggunakan mixer hingga sebati.
- Masukkan butter dan uli hingga doh jadi elastik dan licin.
- Tutup doh dengan plastik wraper dan biarkan selama 45 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
- Keluarkan Doh ke atas papan pencanai dan tumbuk doh untuk buang anginnya.Jangan lupa taburkan sedikit tepung atas papan pencanai kerana doh ni agak lembut.
- Bahagikan doh kepada 12 bahagian dan bentukkan membujur.Aturkan atas dulang pembakar.Jangan lupa sapukan sedikit minyak pada dulang tu ya.
- Biarkan doh naik baru paipkan kaya keatasnya.Kemudian taburkan kelapa kering.Bakar hingga masak.
sedapnya tgk roti CM ni gebus jer...saya gak lama tak meroti ni..:)
ReplyDeleteperhhh...gebunya....
ReplyDeletesuka mas tengok..
tukar ngan roti sosej mas nak tak...
Maryam dah bangun ke CM tu yang tersilap tu...bestnya kalau dapat makan sama-sama roti tu. Hari ni makan sarapan je...sampai pukul10malam ni pun kerja tak siap-siap kat sekolah.
ReplyDeleteassalam kak nah bb maryam buat apa tu?? wah tengok ghoti kak nah teringat BM yg duk tido tu akak guna cik KA ke untuk uli?
ReplyDeleteSalam KakCM. Gebusyh nyaaa.... nak yg panas2 lagi sodap ni, tak sedor abis 5 ketoi...hehehe
ReplyDeleteSalam CM,
ReplyDeleteBila datang rumah CM ni, kite scroll habis sampai ke page sebelumnya. tak nak tertinggal gambar2 Maryam... comel betul dia. seronok bila dapat tengok perkembangan anak2 kecil dari blog kawan2... :)
Harap2 CM sekeluarga sihat2 selalu :)
Ijan
tu pikir si maryam lah tu.. apa lagi..haha.
ReplyDeletecm punya kaya tu dari dulu lagi kpah nak buat tapi tak terbuat-buat. malas punya pasal sebab boleh beli kat kedai jer ..
Salam kak CM,
ReplyDeletebest betul nampak pandan kaya roll... wah, guna homemade kaya?
The bread looks really fluffy & soft. Thanks for sharing the recipe. I bet they're all gone within 5 minutes. ha...
ReplyDeleteKristy
Hello from VIGO most delicious bread .. YOU CAN SEE .. SPONGE soft and I love the color, I aim to test ingredients Marimi hugs ..
ReplyDelete