LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, May 5, 2011

Tiger Roll


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Sudah lama resepi Tiger Roll didalam simpanan Cm tapi tak jadi-jadi nak buatnya.Sebenarnya Cm ni tidak mempunyai bakat untuk buat kuih yang ada seni :)  seni gulung je pun gagal....selebek  hehe.Apa-apa pun Cm nak tepuk tangan untuk diri sendiri..clap..clap..clap..kerana akhirnya berjaya buat kek gulung ni.Separuh pengsan nak menyudahkannya :)

Inilah rupanya kek gulung Tiger..tak tahu lah kat mana rupa tigernya tu.Terima kasih pada Ayin kawan blogger yang berada di Taiwan.Lama betul Cm dok cari kemana menghilangnya...akhirnya terjumpa disini Terima kasih Ayin.

Bahan-bahannya:
65 gm susu segar.
55 gm butter.
70 gm tepung gandum.
20 gm serbuk koko.
6 biji kuning telur.
6 biji putih telur.
100 gm gula halus.

Kulitnya:
130 gm kuning telur.
40 gm gula halus.
20 gm tepung jagung.
Cara-caranya:
  1. Panaskan susu kemudian masukkan butter dan masak hingga butter cair.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum,serbuk koko dan kuning telur.Kacau menggunakan whisk hingga sebati.Ketepikan.
  3. Pukul putih telur dan gula halus hingga kembang dan kental.Masukkan putih telur kedalam adunan diatas dan guna kaedah kaup dan balik hingga sebati.
  4. Alaskan dulang dengan baking paper.Tuangkan adunan dan bakar hingga masak.
Kulitnya:
Satukan semua bahan-bahannya kemudian pukul hingga sebati.Alaskan dulang dengan baking paper dan bakar hingga masak.

Apabila kek telah sejuk sapukan kek coklat dengan buttercream dan gulung kemas-kemas.Kemudian letakkan keatas kulitnya(sapu kulit dengan butter cream) dan gulung perlahan-lahan hingga kemas dan rapi.Selamat mencuba.

***Cm terlupa nak sapukan butter cream pada kulit Tiger sebab tu ianya tidak kemas:(

12 comments:

  1. Salam malam makcik manis :D nmpk sedaplah tiger roll tu! kita ambik bwk balik buat kunyah malam2 ni ya :D

    ReplyDelete
  2. sy pn nak clap 3 kali gak *clap,clap,clap! :) clap tu utk 1.tahniah berjaya mghasilkan kek gulung yg pd sy mmg susah nk bt,2.cantik kek cm tu dan 3.kek tu nmpak sedap sgt2,n tentulah sedap..kecur tgk :p~

    ReplyDelete
  3. aummmm... hehe.. bunyi cam tiger x? tun xpenah wat kek gulung. sgt x confident nk menggulung. cantik je kejadian kek akak nih.

    ReplyDelete
  4. Kak CM,
    Bravo..(standing ovation lagi).Very nice and very neat.Cake nya pun tak nampak penyet sikit pun...unlike mine..hehehe.When my confidence datang,nanti I nak try jugak.Thank you for Ayin's link...I pun dah cari lama jugak.Have a wonderful weekend,ya.

    ReplyDelete
  5. salam. nampak sedap2 je semuanya..;)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum CM

    Sib baik kita tk kena ngap dek Tiger kat sini...hehe...pada Nur kan dh nampak cantik gulungan kek itu...nie Nur tepuk tangan 10x aahh...tahniah CM dh berjaya gulung tiger tu...

    ReplyDelete
  7. ika..alamak manis ke hehe.hitam hitam si tampok manggis ya:)ambik lah boleh kunyah sampai Bangkok:)

    ReplyDelete
  8. Deliah's Deli..salam del..makasih sb tolong tepuk kasi semangat hehe.

    ReplyDelete
  9. tun telani..aummm ...kena fikir 2 kali jika Cm nak buat kek gulung ni sebab selalu gagal:(

    ReplyDelete
  10. Shereen..terima kasih..terima kasih..sambil bangun dari duduk dan angguk anggukkan kepala..hehe .ya baru terjumpa dgn blog ayin tapi tak aktif lagi.anyak resepi yang menarik

    ReplyDelete
  11. Nuridah..terima kasih sb tepuk 10 kali..satu satu nya yg tepuk banyak kali hehe.Kasi semangat sikit kan:)

    ReplyDelete