LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, May 2, 2011

Alhamdulillah



Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah mempermudahkan segala urusan majlis akad nikah anakanda puteri kedua kami  Angah dengan Pasangannya  J pada 30 april yang baru lalu dengan lancarnya.Syukur Alhamdulillah.Terima kasih pada kawan-kawan yang memberi ucapan tahniah serta mendoakan untuk kedua mempelai  di blog Cm ini.Amin..Amin....
Terima kasih pada adik beradik kami,kawan-kawan rapat dan iran-jiran terdekat kerana hadir memeriahkan majlis yang diadakan secara kecil-kecil ini.Terima kasih juga  pada kawan-kawan rapat anak dan menantu kami  yang turut hadir.Tidak lupa ucapan terima kasih dan sayang kami pada anak-anak yang banyak membantu......
 Jutaan terima kasih pada rombongan pengantin lelaki yang turun dari Muar ...dan kami  memohon keamaafan jika terdapat sebarang kekurangan atau kesilapan semasa majlis tersebut berlangsung....Terima kasih terutama sekali kepada besan kami Datuk Dr.H dan Datin F....Semoga dengan perkahwinan ini akan menjalin satu ikatan sillaturahim yang berkekalan hingga akhir hayat..Amin..Amin...
tidak banyak gambar yang sempat di ambil kerana anak-anak yang lain agak sibuk melayan tetamu yang datang tapi Cm amat tersentuh dgn sekeping gambar ini..siadik yang sangat rapat dengan angah mencuri pandang ketika Angah bersalaman dengan Cm dan mertuanya.....gambar ini menggambarkan seribu makna....

Pengantin lelaki menunaikan solat sunat dan sujud syukur selepas akad nikah.
Semoga Jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang ramai....yang soleh .....Amin..amin...

22 comments:

  1. assalamu'alaikum kak...alhamdulillah semuanya slmat..kpd pasngn pgntin,smg bahagia hgga ke syurga :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah pun selamat,tahniah buat kedua2 pengantin semoga kekal selamanya.

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat pasangan pengantin n buat akak sekeluarga yg menerima menantu baru..semoga berkekalan sehingga ke syurga..aminn

    ReplyDelete
  4. Tahniah ya CM ( mak cik Manggis )dah dapat menantu yg sejuk mata memandang..semoga anak mak cik manggis bahagia dan kekal abadi selamanya.

    ReplyDelete
  5. tahniah akak...tahun ni dapat menantu, tahun depan dapat cucu

    ReplyDelete
  6. alhamdullilah.
    tahniah makcik manggis :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada CM dan suami kerana telah bertambah bilangan ahli keluarga...Selamat Pengantin Baru kepada Angah dan pasangannya J..moga kekal bahagia ke akhir hayat dan dikurniakan anak2 yang comel dan sihat walafiat hendaknya..amiiinnn...
    +psstt- cantik sekali persiapan pelamin...kita suka kaler2 putih or pastel camtu...

    ReplyDelete
  8. alhamdudillah...majlis berjalan lancar dan selamat...
    tahniah cm.....
    selamat pengantin baru buat puteri dan menantu cm..
    moga berbahagia selamanya...

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum CM, alhamdulillah dah selesai semua... tahniah pada CM dan pasangan pengantin baru semoga kekal bahagia hingga ke akhir usia..amin.

    ReplyDelete
  10. Amin... Moga angah dan suami hidup berkekalan aman sejahtera hingga ke Syurga...

    amin..

    ReplyDelete
  11. tahniah cm!!!
    semoga kebahagiaan milik mereka dunia & akhirat~~~

    ReplyDelete
  12. Tahniah Kak CM menerima seorang lagi menantu. Patutlah Kak CM stress habis..walaupun kata Kak CM cuma majlis kecil, persiapannya cukup glamour.Cantik pelaminnya and the pengantin bagai pinang dibelah dua.
    Terima kasih Kak CM bertanya khabar.Tersentuh pulak saya sebab ada jugak orang yang kenang kan saya..hehehe.Actually, saya balik Malaysia for 11 days and then balik Auckland 1 hari and terus ke Melbourne pulak for 3 days.Tu yang saya lesap terus.Tapi sekarang life is back to normal.Hopefully Kak CM dah rasa lega dah since the kenduri has gone smoothly.Kak CM dah terima cucu ke belum?Jangan lupa khabarkan berita baik tu,ya.

    ReplyDelete
  13. Wah cikmanggis dapat menantu lagi! Tahniah kepada cikmanggis seisi keluarga mudah2an mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat!

    ReplyDelete
  14. Tahniah dan doakan kebahagiaan pengantin baru. Lama tak pergi kenduri kahwin. Kenduri kahwin adik ipar bulan 3 lepas pun kami tak dapat balik sebab Rayyan di hospital menjalani pembedahan. Tumpang gembira:).

    ReplyDelete
  15. Aslmkm Kak CM.... waaaah dah dua orang menantu rupa nya.... tahniah3... Along ketinggalan cerita ler, tak sempat nak hadir khenduri pun. Baru balik seminggu dok ngantuk tak abis2... tahniah sekali lagi kpd pengantin baru & mak2 bapa2 pengantin.

    ReplyDelete
  16. gembira la makcik kan.. x lama lagi dpt cucu lak.. double happiness.. si tikah x balik ke makcik?

    ReplyDelete
  17. semuga bahagia hingga ke anak cucu cicit..
    tahniah buat cm sekeluarga

    ReplyDelete
  18. Kak CM,Tahniah..cantik sungguh..tak terkata..
    pasnie sibuk nak timang cucu pulak kan kak...seronok..tul kata Ummi cantik pelamin nyer...lembut dan menawan

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah semuanya telah selesai dan berjalan dengan lancar.Terima kasih pada kawan-kawan yang memberi ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pada pengantin baru ni.

    Terima kasih..Amin..Amin..semoga Allah membalas segala kebaikan kawan-kawan dengan kebaikan yang berlipat kali ganda..amin...

    ReplyDelete
  20. Tahniah makcik! Tak lama lagi jadi nenek hehe!

    ReplyDelete
  21. tummy..terima kasih..alamak..nenek ke?dah tua hehe

    ReplyDelete
  22. Salam CM,
    Harap2 masih belum terlewat saya nak ucapkan selamat pengantin baru buat Angah dan suami...semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia sehingga akhir hayat..amin... :)

    Tahniah juga buat CM sekeluarga :)

    Ijan

    ReplyDelete