LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, April 18, 2011

Nasi Goreng Sosej Ayam Berkeju & Lada Hitam

Assalamualaikum.
Apa khabar kawan-kawan pagi ni?Cm agak bizi hari ni  nak keluar sekejap.Sebelum tu Cm nak share nasi goreng yang baru dimasak ni.Masih panas,nampak tak tepi pinggan tu nampak berwapkan....Jom kita lihat bahan-bahannya.....
Bahan-bahannya:
3 cawan nasi sejuk.
3 batang sosej ayam berkeju.-potong kecik
3 batang sosej ayam lada hitam.
5 ulas bawang putih-cincang-potong kecik
4 batang kacang panjang-potong kecik
1 batang lobak merah-dadu.
2 tbsp kicap manis
2 tbsp sos tiram
2 tbsp sos cili
Sedikit garam dan gula.
2 tsp serbuk lada hitam.
2 biji telur
1 tangkai daun ketumbar-potong kecik
Minyak jagung secukupnya untuk menumis.
Cara-caranya:

  • Panaskan minyak.Tumiskan bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan sosej,lobak merah dan kacang panjang.masukkan sos tiram,kicap manis,gula ,garam dan sos cili.Kacau hingga rata.
  • Pecahkan telur dan gaul hingga sebati baru masukkan nasi.kacau lagi agar semua bahan-bahan tadi mesra dengan nasi,
  • Akhirnya masukkan serbuk lada hitam dan daun ketumbar.Kacau hingga rata.Siap:)

Selamat makan tengahari dan ceria-ceria selalu.

5 comments:

  1. mewahnya isi nasi goreng tu.. mcm2 ada!

    ReplyDelete
  2. Breakfast kegemaran saya ni cikmanggis...terutama kalau ade nasi semalam yg berlebih. Suka letak macam2 kalau masak nasi goreng, macam resepi cikmanggis ni!

    ReplyDelete
  3. suka nasi goreng...
    nak sepinggan cm...he..he..

    ReplyDelete
  4. Ni mesti ilhan suka kalau masak nasi goreng ada sosej laju sikit makan.

    ReplyDelete
  5. sari yusa Ibrahim..mewah tapi anak kecil Cm akan kutip semua sayuran dan buang .Dia hanya makan sosej dengan nasi je.

    p3chandan..nasi jika lebi tak membazir.Simpan dalam freezer dan bikin nasi goreng.Recah rencah pun yg left over semalam,semua boleh masuk dalam nasi goreng:)

    Mas..hehe dah habis Mas..esok datang lagi ya.

    Malay-kadazan girl..anak-anak kecil memang suka makan sosej:)

    ReplyDelete