Salam dan selamat sejahtera.Sudah beberapa hari Cm tak buat apa apa n3.Rasa hilang mood dan masih bersedih,terkejut dan masih tak percaya apa yang berlaku.Hari Jumaat 10/12/10 kami telah kehilangan orang yang sangat rapat dan yang kami sayangi.Anak anak selalu cakap Ini lah uncle yang mereka sayang.Yang sentiasa mengambil berat semasa anak anak masih kecil hingga sekarang.,,dia telah pergi buat selama-lamanya.Suami my SIL ..anak-anak memanggilnya sebagai Uncle Stan.
Walau pun kami berbeza agama dan bangsa tapi ianya tidak sedikit pun menjarakkan kami.Kali terakhir beliau sekeluarga datang kerumah Cm semasa hari raya puasa tempohari,tiada tanda tanda yang beliau menghidapi apa apa penyakit..seperti biasa anak anak puji yang Uncle Stan sangat handsome.Usianya belum pun mencecah 50 tahun.Masih muda dan meninggalkan dua orang anak dan seorang dari anaknya masih kecil.Jenazahnya dijangka tiba dari Perth Australia paling awal nya Jumaat ini.Beliau ke Perth atas urusan perniagaan dan terjatuh di dalam bilik hotel tempat beliau menginap
Semoga my Sil kuatkan semangat menghadapi saat saat yang begini.Perasaan Cm .....sangat sangat sedih....... tak boleh Cm jelaskan dengan perkataan......Masih terngiang-ngiang ditelinga ketika beliau secara bergurau mempelawa agar Suami Cm dapat join bisnisnya bila bersara nanti.....Pastinya kami akan sentiasa merinduinya......yang pergi ,tetap pergi dan takkan kembali lagi tapi yang hidup mesti meneruskan kehidupan ini.....
Menu minum petang kami hari ini "bunyinya" ala ala jepun sikit dan tentunya mempunyai peminatnya tersendiri.Suami Cm suka sangat tofu yang begini.Jom kita lihat bahan-bahannya.
Bahan-bahannya:
2 keping tauhu lembut
1/2 cawan bijan
1/2 paket bonito flake
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
minyak secukupnya untuk menggoreng.
Cara-caranya:
- Pukul telur dengan garfu
- Satukan bijan dan bonito flake
- Tauhu dipotong 4
- Salutkan dengan tepung gandum( lakukan sekeping demi sekeping.)
- Kemudian masukkan kedalam telur balik-balikkan perlahan lahan agar telur melekat pada semua bahagian tauhu. tapi kena berhati hati sebab tauhu sangat lembut.
- Letakkan tauhu keatas bancuhan bijan dan bonito flake.
- Balik-balikkan agar bijan dan bonito flake menyaluti pada tauhu..
- Akhir sekali goreng tauhu selama 2-3 minit.Angkat dan toskan hingga kering.
- Sedap dimakan bersama sos cili.
datang sini dulu sblom tdoo nak anto roti nih utk opah cayanggg.... mkn kongsi2 ngan atuk yer! jgn rebut2... tak baekk... doce mama kata! kekekeke... tofu simpankan utk darwish er opah er.. esok darwish nak lauk tofu opah! nampak sodap tuh!
ReplyDeletesalam cm..takziah buat keluarga your SIL...betul am yg pergi tetap pergi..semoga your SIL kuat semangat n tabah menghadapinya..
ReplyDeleteilah pun tumpang bersedih dan ucapkan takziah..buat SIL akk cm.. keluarga ilah sebelah mak semua ninggal sbb jantung..ilah juga ada kolestrol tinggi..kalu tak jaga segalanya tak mustahil..minta dijauhi..aminn.
ReplyDeleteSalam takziah jua pada family SIL CM. sedap tgk tofu ni...
ReplyDeletehubby mesti suka lauk cam gini. nak try la.
ReplyDeleteTakziah. Ooo...tofu kesukaan saya. pastu ala-ala Jepun lagi saya suka.
ReplyDeleteCam best je tofu tu.. Nanti nak cuba buat lah
ReplyDeleteTakziah buat makcik sekeluarga kerana kehilangan seorang ahli keluarga yang tersayang.
ReplyDeleteTakziah CM, sedihnya berita hari ini :(
ReplyDeleteTakziah buat cm sekeluarga semoga your SIL kuat semangat untuk menghadapinya.
ReplyDeleteSalam semua kawan-kawan yang Cm sayangi.Terima kasih atas ucapan Takziah kalian.Terharu sangat-sangat.Terima kasih sekali lagi!
ReplyDeletesalam takziah, CM.
ReplyDeleteSalam takziah pd SIL CM. Sori ler lambat sbb letih je selalu balik lewat dari opis. Sedap nampak tofu ni...!
ReplyDelete