LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, December 30, 2010

Savoury Pratha.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Cm mohon banyak-banyak maaf sebab beberapa hari ni tak dapat nak buat blogwalking .Cm baru kembali dari kampung kerana menziarahi kedua orang tua yang uzur.Oleh kerana beberapa hari tak ada n3 masakan jadi malam ni Cm letakkan resepi yang sangat simple...jika ada tetamu yang datang tanpa "warning " terlebih dahulu bolehlah selamatkan keadaan dengan Savoury Pratha ni:).

Semasa menunggu penerbangan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur semalam perut terasa sangat lapar dan berkeroncong minta di isi...maklumlah ketika dirumah orang tua selama 3 hari makan pun tak lalu bila melihat ayah yang sangat uzur.emak pulak tidak berapa sihat.Berat hati untuk meninggalkan mereka berdua tapi apakan daya ......

  Cm belikan sekeping Savoury Pratha  (maaf ya resepi asalnya menggunakan Tortillas) untuk mengalas perut di salah sebuah kiosk  di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra...Semasa Cm menunggu budak perempuan tu  memasak Cm perhatikan step by step cara membuatnya...ahh senang sekali....Jom kita lihat bagaimana nak sediakan Savoury Pratha ni tapi Cm telah ubah suai sikit dengan bahan- bahan yang ada dalam peti ais Cm:)
Panaskan kuali leper dan sapukan dengan sedikit minyak jagung.Ambil satu batang sosej ayam potongkan nipis.Letakkan sosej atas kuali dan balik balikkan hingga masak.ketepikan.

Masakkan prata hingga garing dan balikkan agar kedua dua belah permukaanmasak dengan sekata.
Aturkan potongan sosej ke atas Pratha.
1/3 labu bawang besar dipotong kecil.Layukan atas kuali.
Taburkan bawang kemudian baru taburkan keju parut.Pastikan api dapur tu sangat kecil agar pratha tidak hangus.
Paipkan sedikit mayonis
Sos cili
Lipatkan
Potong mengikut selera masing-masing.(pastikan guna api yang sangat kecil ya takut jadi seperti pratha di atas hehe)

***Selamat tahun baru buat semua rakan rakan yang dikasihi semoga tahun 2011 akan membawa seribu kejayaan  .......

20 comments:

  1. salam Cm,
    semoga kedua org tua cm cepat baik yer...ya la sama juga ngan saya selalu juga teringat kat mak kat kg...tapi apakan daya dh dok jauh kan..btw senangnya nengok msk paratha ni..bolehlah cuba nanti..:)

    ReplyDelete
  2. cm, ni mcm quesadillas kan...cuma bezanya guna roti paratha aje, quesadillas guna tortillas. Menarik ni, boleh cuba nanti.

    CM org KB ke?

    ReplyDelete
  3. sedappnya.....tergoda tengok tau...

    ReplyDelete
  4. wah kak best tu boleh buat bekalan anak2 ke sekolah

    ReplyDelete
  5. Salam makcik..macik and keluarga sihat-sihat belaka? Dapat cuti lagi hari ni yer? hehe
    Akan cuba ni selepas memindah rumah nanti.

    ReplyDelete
  6. Salam CM cayang. Slmt Thn Baru. Semuga 2011 sukses & happy selalu. Cedap ni mkn waktu supper.

    ReplyDelete
  7. Salam CM cayang. Slmt Thn Baru. Semuga 2011 sukses & happy selalu. Cedap ni mkn waktu supper.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya idea ni tak makan masa banyak nak prepare. Selamat Tahun Baru.

    ReplyDelete
  9. SALAM KAK cm.. sedih juga ilah baca N3 kak kali ni.. untung kak cm masih ada ibu ayah..wpun dah uzur.. doakan mereka selalu ya...
    ayah ilah tiada masa ilah umur 14thn.. nasib baik ilah dijagai nenek semasa umur 9bulan baby lagi... jadi tak rasa sgt ayah tiada... tapi bila kedua2 nenek dan wan tak de sedihnye hati.. dan ilah dapat lihat nenek menghembuskan nafas terakhir.. dia seakan tunggu ilah balik ziarah.. masa tu anak baru dua.. dia tak dpt berbual lagi krn sudah nazak... wan(lelaki) pula meninggal semasa ilah baru lepas kwen sebulan.. tapi dpt jumpa.. kira2 4 jam selepas ilah pulang dr ziarah dia meninggal.. sedih kak.. cuma ada sorg mak jer lagi ni.. maaf pjg juga celoteh ilah kali ni.. baru balik dr kebunan..hihi..

    ReplyDelete
  10. sodappnyerr makk.. ehehe

    ReplyDelete
  11. Nieza..terima kasih Nieza.Memang berat hati nak meninggalkan mereka.Eh boleh je cuba ni sangat senang:

    Neny..btol resepi asanya dari tortillas tapi cm ubah suai dgn bahan bahan yang ada dalam peti sejuk.hehe Cm mmg orang kelate:)

    Mas..lagi banyak cheese lagi sedap

    Mimi..memang anak nakan suka ni:)

    Tummy..Alhamdulillah sihat semuanya kecuali atuk dan nenek.Eh nak pindah rumah ya

    Along..terima kasih ya

    Malay kadazan girl...terima kasih

    ilahjy..oo kira anak yatim la ni.Tapi illah beruntung kerana ada atuk dan nenek yang menjaga.Cm tak kenal atuk dan nenek sebab mereka semuanya meninggal semasa kedua ibu bapa Cm masih kecil.Hargai lah orang tua semasa mereka masih hidup.

    En.Me..terima kasih sb sudi singgah:)

    ReplyDelete
  12. Salam cm

    Semoga kedua orang tua cm cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

    Selamat Tahun Baru buat cm sekeluarga.

    ReplyDelete
  13. selamat tahun baru, cik manggis! hiasan roti paratha ini sungguh menarik! moga ibubapa CM sentiasa sihat.

    ReplyDelete
  14. Zai..terima kasih

    Lena..terima kasih

    ReplyDelete
  15. salam cik manggis..

    sori la anak rimau sibuk training nak buat sarkis! :P

    selamat tahun baru CM.

    oh, azam tahun baru, nak belajar masak sampai terer. thanks CM sebab bagi inspirasi kepada saya!

    ReplyDelete
  16. semoga ibubapa cik manggis kembali sembuh..slm ukhuwah dri saya...dil follow u..trliur tgk mknn tu..huhu...

    ReplyDelete
  17. baby tiger..aaummm hehe.sibuk ke?selamat tahun baru buat baby juga..semoga segala azam akan tertunai ya..terima kasih:)semoga berjaya

    ReplyDelete
  18. ummikhalish..Amin.Terima kasih.Boleh cuba pratha ni sangat senang:)

    ReplyDelete