Ok lah...asyik membebel je...semasa ke blog kak Wan..cm tertarik dengan Puding Raja yang dihidangkan di istana Kubang Kerian semasa hari raya tempohari.Pastinya sungguh istimewa hingga dinamakan Puding Raja.Jadi Cm ambil resepi dari blog kak wan dan terus mencubanya pagi tadi.Dengan sedikit ubah suai maka hasilnya hmmmm memang sedappp.Mendapat pujian:)(ubah suai sebab ada bahan yang tak ada)..terima kasih kak wan..memang sedap!!!! dan minta maaflah sebab cm ada ubah suai sikit:)
Bahan-bahannya:
A
1 tin susu cair
3 biji kuning telur.
200 ml air
250 gm gula(Cm guna 170 gm je)
1 tsp esen vanila.
1 tbsp tepung kastad-bancuh dengan 2 tbsp air.
1 helai daun pandan.
- Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk kecuali daun pandan dan kacau dengan whisk hingga sebati.Tapiskan.
- Masukkan kedalam kuali & daun pandan dan masak dengan menggunakan api yang kecil.Sentiasa dikacau agar adunan tidak berketul-ketul.
- Angkat dan sedia untuk dilapiskan dengan pisangyang di goreng tadi.
B
12 biji pisang lemak manis-belah dua dan goreng dengan sedikit butter hingga masak atau perang-toskan .
C
6 biji prune tampa biji-potong kecik
8 biji ceri merah-potong kecik
150 gm biji gajus-goreng hingga kuning(guna butter lebihan untuk goreng pisang).
150 gm kismis-goreng hingga perang.(guna butter lebihan untuk goreng pisang)
D (nak ganti jala mas)
3 biji telur itik-pukul hingga kembang
2 tbsp gula pasir
1/2 cawan air
masak air gula hingga likat kemudian masukkan telur itik yang telah dipukul dan masak dengan api yang perlahan hingga pekat-ketepikan.
Cara-caranya:
- Aturkan pisang tadi kedalam bekas dan tuangkan 1/2 dari adunan A keatas pisang.
- Kemudian taburkan 1/2 dari bahan-bahan C keatas adunan kastad.
- Susunkan lebihan pisang untuk lapis kedua dan tuangkan semua lebihan adunan A
- Akhir sekali hiaskan dengan bahan-bahan C dan D keatas lapisan kastad.sejukkan dalam peti ais sekejap.Hidang:)
salam cikmanggis..dh lama berangan nk merasa puding raja nih..ia mmg menu fofular istana belah pantai timur kan!! dulu pernah nmpak kt blog makanan pahang..cam best!! nk try la wat nnti..
ReplyDeletepandainyer kakak buat! telur itik pos sekotak kat kiter kak! hihihi... kiter tak penah lg makan wpon dah duk pahang bertahun2.. hihihi
ReplyDeleteInahar...buatlah yang..memang berbaloi..sodap tapi kurangkan gula ya:)
ReplyDeleteHana..hehe terima kasih atas pujian mama Darwish tu....semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kihkih.
ReplyDeleteKisah anak penyu lepas menetas terus berenang kelautan luas. Lepas itu, bila dewasa dan nak bertelur boleh balik beribu-ribu kilometer ke pantai asalnya eg.dirantau abang. Sh.Ibn Ajibah ada komen dalam kitabnya Basic Research- bahawa Allah Taala telah memberi ilham atau nur kehati anak/yelur penyu ketika ibunya membuat renungan penuh airmata kasih sayang sebelum turun kelaut semula. Dengan doa harapan supaya anak-anaknya bisa survive dan menyelam semula ke lautan tauhid Allah taala yang maha kaya, maha alim dan maha murah dengan rezeki.
ReplyDeleteBukan semua orang boleh jumpa dan tafsir kisah anak penyu ini ! Syukran cik manggis.
Al-hakkawi...terima kasih Tuan..mudah-mudahan Anak penyu akan bertemu dengan ibunya di lautan nan luas nanti:)
ReplyDeleteSalam CM,
ReplyDeletemacam best je..saya suka kalau dessert ni..leh buat untuk umah teropen nnt
salam yan..boleh try..satu resepi ni dapat banyak...semangkuk bujur ni:)puas makan.
ReplyDeletekak cm sgt rajin!!!! puding ni memang susah skt nk buat..even mie yg dok klantn ni pon xpenah lg makan puding. tengok slalu la jgk...
ReplyDeleteyummy...
ReplyDeletenampak sedap tu ya, makcik :)
Yummy:)
ReplyDeleteAlkisahku..hehe makcik nakk cuba sebab nampak gambarnya sangat sedap...mmg sedap...berbaloi membuatnya:)
ReplyDeleteDeetha..sedap!!! cuba lah buat Dee:)
ReplyDeleteRumana Rawat..thank you:)
ReplyDeletesalam aidil fitri kak ku cayanggg
ReplyDeleteilah nak oder semanggkukkk boleh takkk hehehe...wah bila makan ni mesti mcm dok kat istana.. nasib baik ilah dah pernah dinner di istana KELANG kalau tak kempunan..wpun tak dpt makan puding ni lagi...janji amek berkat istana..hikhik.. mohon kemaafan diaidilfitri ya kak..
salam cm..
ReplyDeleteselamat hari raya..puding raja nie...dah lama mengintai resepinya..x jumpa2..baru pagi td tgk kat tv1..lupalah plak segmen apa..tapi mmg menyelerakan....nie kena cuba nieh..tq 4 sharing
salam ilah..selamat hari raya..masih raya lagi kan?hehe kena hati-hati bila makan puding raja ni:)kolestrolnya ...manisnya hehe..sekali sekali takpe kan:)
ReplyDeletesalam chemp...buat lah chemp..tak susah tapi kat kl ni tak jumpa nak cari jala mas:)
ReplyDelete