LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, June 12, 2010

Nasi Goreng



Salam dan selamat sejahtera.Hampir seminggu berehat tanpa n3 terasa ada sesuatu yang tak kena.Sepatutnya minggu kedua cuti sekolah ni kami bertiga akan keluar daerah untuk tukar suasana atau ambil angin tapi beberapa hari yang lepas anak bongsu cm mendapat kemalangan kecil dan terpaksa menerima 7 jahitan didagunya.Jadi setiap hari kena berulang ke klinik untuk mencuci luka yang agak dalam dan terkena jangkitan kuman.Anak bongsu ku ini asyik merenget je sebab tak dapat nak mengunyah dengan selesa kerana masih sakit..sungguh kesian.....katanya dah jemu makan bubur..hari-hari makan bubur...jadi hari ni cm masak nasi goreng.Jom kita lihat nasi goreng yang sungguh simple ni......

Bahan-bahannya:

3 cawan nasi sejuk
200 g isi ayam dipotong kiub
2 biji telur
4 ulas bawang putih-ketuk
1/2 labu bawang besar-cincang
2 tangkai daun ketumbar
3 batang sosej ayam-potong nipis
sedikit sayur kobis-potong kecil
minyak untuk menumis
sos tiram
sos nampla
kicap manis
lada hitam-tumbuk kasar.

Cara-caranya:

  • Panaskan minyak jagung.tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  • Masukkan isi ayam dan sosej serta sos tiram,nampla dan kicap manis.Gaul rata.
  • Kemudian masukkan sayur kobis serta daun ketumbar .Pecahkan 2 biji telur dan kacau hingga rata Masukkan lada hitam.
  • Akhir sekali masukkan nasi dan gaul hingga sekata.Kacau beberapa minit.Siap untuk dihidangkan.

12 comments:

  1. salam cm..
    ya ALLAH..jatuh ker kak anak akak tuh??kesiannya..
    x dapatlah nak cuti dgn selesa..cuti sek nieh..nasi goreng simple pon..sodappppp..sbb mak yg masak kan?...hhiihi..smoga anak akak cpat sembuh..ade sminggu lagi cuti sek..INSYALLAH sempt lagi bcuti...

    ReplyDelete
  2. ya ALlah..sian nya.. kat dagu pulak tu, sian dia makan bubur ye..oo patutu la lama ilang ..cuti cuti rhupenye

    ReplyDelete
  3. salam rindu kakak manis...aduhaii..patut la.. ngeri dengo klu bab jahit2 nih.. arap2 cepat sembuh la hendaknyer... dan akak leh sambung bercuti.....

    ReplyDelete
  4. Salam makcik.. kesian si adik tu..cuti sekolah berlaku cerlaka pula. Semoga sembuh lekas-lekas!

    ReplyDelete
  5. slam cm..kak yam juga menghabiskan cuti dirumah saja sebab anak bongsu sakit lutut n terpaksa bertongkat, cucu pula demam n kak yam sendiri pun demam n rasa lemah2 badan..agaknya bila dah
    berumur ni tak boleh ligat sangat buat kerja..
    harap adik bongsu akan cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. salam Chemp..apa khabar?terima kasih chemp.Hari ni dah jumpa dr katanya hari sabtu dah boleh buka jahitan.Alahmdulillah.nasi goreng penyelamat ketika kecemasan:)

    ReplyDelete
  7. salam izzah..alhamdulillah.Luka dah mula kering tapi masih kena perintah berkurung hehe atau tahanan dalam rumah:)

    ReplyDelete
  8. salam hana..kita pon rindu kat hana..tak sempat nak singgah kat dapur hana :)makasih ya

    ReplyDelete
  9. Selamat sejahtera Tummy..terima kasih..luka dah hampir kering.Syukur !

    ReplyDelete
  10. salam kak yam..nampak gayanya kami 2 beranak berkurung dirumah je lah minggu ni.minggu depan sekolah dah nak buka..cepatnya...semoga kakyam dan cucu kembali sihat.

    ReplyDelete
  11. sedapnyerrr nasi goreng tewww.. uhuhu

    ReplyDelete